Page 4 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 4
Semarak Tinta
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Dipanjatkan kesyukuran kepada Ilahi atas nikmat dan peluang untuk merealisasikan
hasrat melahirkan kompilasi Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Daerah Melaka
Tengah 2021.
Tahniah juga saya ucapkan kepada SISC+ Sektor Pembelajaran PPD Melaka Tengah
kerana telah mengambil inisiatif mengadakan Pertandingan Inovasi Peringkat Daerah
Melaka Tengah. Pertandingan ini bertujuan untuk membudayakan amalan kajian
tindakan dan melakukan inovasi dalam kalangan guru. Ini dapat membantu guru
mereflek amalan dalam pembelajaran dan pengajaran mereka dan seterusnya akan
menggalakkan perubahan amalan tersebut ke arah yang lebih baik. Secara tidak
langsung Pertandingan Guru Inovatif ini menggalakkan guru meneroka dan
menghasilkan pendekatan baharu yang lebih berkualiti.
Buku ini memaparkan pembentangan inovasi sembilan orang peserta yang telah
menyertai pertandingan tersebut. Sesungguhnya, usaha murni untuk menghasilkan
buku kecil kompilasi peserta pertandingan ini merupakan suatu langkah proaktif dan
bijak. Usaha ini amat saya hargai dan harus diteruskan lagi pada masa hadapan.
Diharap penerbitan kompilasi ini dapat membantu rakan guru untuk mengembangkan
dan menyebarluaskan hasil kreativiti dan inovasi mereka serta dapat diaplikasikan pula
oleh warga pendidik dalam kumpulan yang lain. Setinggi-tinggi penghargaan dan
tahniah diucapkan kepada SISC+ PPD Melaka Tengah dan semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan buku ini. Semoga kompilasi ini menjadi
pemangkin ke arah membina negara bangsa.
Semoga buku ini dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan
negara kita.
Sekian, terima kasih.
Haji Mazlan bin Mohamad
Timbalan Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah
4

