Page 5 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 5

PENGENALAN

             Kebanyakan  kamus  memberi  pengertian  inovasi  merupakan  satu
             pembaharuan atau perubahan bertepatan dengan perkembangan Teknologi
             Maklumat 4.0

             Sufean  Hussin (2001)  dalam  kertas  kerjanya  pada  Seminar  Dasar  dan
             Pengurusan  Pendidikan  menyatakan  inovasi  bermaksud  pembaharuan,
             modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun
             dengan  tujuan  memenuhi  fungsi-fungsi  tertentu  atau  memenuhi  cita  rasa
             tertentu atau memenuhi pasaran tertentu. Manakala di peringkat organisasi
             pula,  inovasi ialah ciri penting bagi sesebuah organisasi yang dinamik dan
             terbuka. Di sini organisasi sentiasa hidup serta berinteraksi secara aktif dan
             prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru
             untuk  menguasai  keadaan  atau  untuk  meraih  keuntungan  maksimum.
             Organisasi inovatif ialah organisasi yang berwawasan dan bijak merencana
             rancangan strategik.

             Inovasi merupakan aspek yang paling penting bagi memastikan keberkesanan
             penggunaan  bahan  atau  projek  tersebut  semasa  ianya  diuji  atau  pun
             digunakan. Terdapat  pelbagai bentuk inovasi antaranya kit, rekabentuk 3d,
             modul dan permainan

             Di  peringkat  PPD  Melaka  Tengah  telah  mengambil  inisiatif    untuk
             mengupayakan inovasi ini dikalangan guru-guru di sekolah bagi memantap
             dan  memudahkan  guru-guru  untuk  melaksanakan  sesi    pengajaran  dan
             pembelajaran. Inovasi ini juga boleh dijadikan bahan bantu mengajar semasa
             pengajaran  dan  pembelajaran.  Justeru  itu  dapat  menarik  minat  dan
             mewujudkan budaya keseronokan dalam pembelajaran. Inovasi ini akan terus
             berkembang dari semasa ke semasa.

                                   PPD Melaka Tengah telah dapat  mengenal pasti 8 orang
                                   dikalangan guru-guru daerah Melaka Tengah bagi
                                   membentang dan mengaplikasikan  inovasi yang dihasilkan.
                                   Kesemua guru-guru ini telah menunjukkan inovasi, komitmen
                                   dan  kreatif  yang tinggi masing-masing.  Pihak PPD Melaka
                                   Tengah   telah memberi ruang, bimbingan dan sokongan padu
                                      kepada guru-guru tersebut ke pertandingan inovasi  peringkat
                                          kebangsaan dan antarabangsa.










                                                             5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10