Page 2 - PENENTANGAN DATO'MAHARAJA LELA DI PERAK KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 3 V.ELAKKIYAA
P. 2
Kaedah temu bual merupakan kaedah yang kedua saya gunakan.Untuk
menjalankan kaedah ini saya telah membuat temu janji melalui talian dengan
Cikgu Riduan.
Kaedah Rujukan Buku Teks dan Akhbar Tempatan
Saya juga turut merujuk buku teks sejarah tingkatan 3 untuk memastikan
kesahihan fakta yang ada.Membaca akhbar tempatan dan mencari keratan
akhbar lama yang berkaitan dengan penentangan Dato’Maharajalela di Perak.
Latar Belakang Penentangan Dato’Maharaja Lela
Nama sebenar Dato’Maharaja Lela ialah Pandak Limo Bin Machang Lela
Tok Mahmud.Pandak Lam ialah keturunan Daeng Saili anak Raja Bugis yang
berasal dari daerah Luwuk,Sulawesi.Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar
Shah III datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta beliau juga
dianugerahkan gelaran ‘Dato Maharaja Lela Tan Lela’ dengan kuasa boleh
memancung tanpa bertanya.Tujuan Dato’Maharaja Lela menentang ialah kerana
Residen British mengambil alih kuasa,Sultan,pengambilan hak mengutip cukai
dan Residen British yang mencabuli adat resam orang Melayu.
Datuk Maharajalela bersama-sama Dato Bahaman dengan pemimpin-
pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja.Beliau merancang dan
membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfire Birch
(J.W.W.Birch).Keputusan diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang
dipengerusikan oleh Sultan Abdullah pada 21 Julai 1875.Beliau didapati
bersalah terhadap pembunuhan J.W.W Birch pada 2 November 1875 di Pasir
Salak.Pandak Lam kemudian telah menjadi antara sebagai individu yang paling
dikehendaki untuk ditangkap.
Pihak British telah mengeluarkan tawaran hadiah sebanyak $6,000 pada
13 tarikh Januari 1876 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Dato’Maharaja
Lela.Dato’Maharaja Lela $ 3,000 untuk sesiapa yang menangkap Dato Sagor.
Pandak Lam ditangkap dan dibicarakan di mahkamah undang-undang itu
telah dipengerusikan Sultan Idris.Perbicaraan dalam mahkamah telah
menyebabkan Pandak Lam didapati salah dan telah dijatuhi hukuman gantung
mati.Pada tahun 1877,Dato’Maharaja Lela,Dato’Sagor,Pandut Indut dan
Siputum dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh British.Akhirnya,Sultan
Abdullah,Raja Ismail dan Ngah Ibrahim dibuang negeri.
Faktor-faktor yang membawa kepada penentangan Dato’Maharajalela

