Page 4 - PENENTANGAN DATO'MAHARAJA LELA DI PERAK KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 3 V.ELAKKIYAA
P. 4

Tindakan Sir William Jervais yang menggantikan Andrew Clarke sebagai
               Gabenor Negeri-negeri Selat pada Mei 1875 juga membawa kepada berlakunya
               Perang Perak 1875.Selepas melawat Perak,William Jervois tidak puas hati

               terhadap pentadbiran Birch secara tidak langsung di Perak.Beliau mahukan
               pentadbiran British dijalankan secara langsung di Perak di mana pentadbiran
               dijalankan oleh pegawai-pegawai British.Beliau mahukan Sultan dan pembesar
               dibayar wang persaraan supaya menyerahkan kekuasaan kepada British.Pada 2
               Oktober 1875,Sultan Abdullah telah dipaksa untuk menandatangani perjanjian
               menyerahkan pentadbiran kepada British.Beliau telah mengugut sekiranya

               beliau enggan menandatangani perjanjian tersebut.Sultan Abdullah akan
               disingkirkan dan Raja Yusof akan dilantik sebagai Sultan.Akibatnya,Sultan
               Abdullah terpaksa menandatangani persetujuan tersebut.

               Ekonomi

               Dari segi ekonomi,pemodenan dan pembaharuan British tela menjejaskan

               kepentingan Sultan dan pembesar.Sultan dan pembesar dilarang memungut
               cukai seperti yang dilakukan sebelumnya.Arahan ini menjejaskan pendapatan
               Sultan dan pembesar kerana Birch tidak membayar ganti rugi akibat
               penghapusan keistimewaan tersebut.

               Peristiwa Penentangan Dato’Maharajalela Di Perak.

               Februari 1875 Dato’Maharaja Lela bantah campur tangan British yang dibuat di
               Pasir Salak. Pada 16 Oktober 1874,Sultan Abdullah dan pembesar Perak

               mengupah R.C Woods,peguam dari Pulau Pinang untuk memansuhkan
               Perjanjian Pangkor.Namun begitu,usahanya gagal.

               Rentetan itu,beberapa masyarakat sulit diadakan antara Sultan Abdullah dengan
               pembesarnya bagi membincangkan pakatan menghapuskan J.W.W Birch. Pada
               21 Julai 1875,mesyuarat antara Dato’Maharaja Lela dan para pembesar Melayu
               di Durian Sebatang.Pada 12 September 1875,Dato’Maharaja Lela setuju untuk

               bunuh Birch. Pada 2 November 1875,J.W.W Birch diiringi oleh Leftenan
               Abbott,Mat Arshad,jurubahasanya dan sepasukan tentera tiba di Pasir Salak
               untuk menampal perisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh
               British.Pada masa itu J.W.W Birch dibunuh. Pada 13 November British serang
               Pasir Salak & Kawasan yang terlibat.Dato’Maharaja Lela &Sagor lari ke Kota

               Lama.

               Kesempatan tersebut digunakan oleh Dato’Maharaja Lela dan pengikutnya
               untuk membunuh J.W.W Birch. Pada tahun 1877,Dato’Maharaja
               Lela,Dato’Sagor,Pandak Indut dan Siputum dijatuhi hukuman gantung sampai
   1   2   3   4   5   6   7