Page 3 - PENENTANGAN DATO'MAHARAJA LELA DI PERAK KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 3 V.ELAKKIYAA
P. 3
Bagi memenuhi tugasan PT3,saya telah mengkaji peristiwa penentangan
Dato’Maharaja Lela di Perak.Hasil dapatan saya Dato’Maharaja Lela adalah
pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi
dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.
Kelemahan Perjanjian Pangkor
Kelemahan Perjanjian Pangkor adalah sebab utama kepada pembunuhan
Birch pada tahun 1875.Perjanjian Pangkor tidak menyelesaikan masalah tentang
perebutan takhta Perak antara Raja Abdullah.Pembesar Perak dan ramai rakyat
Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai sultan kerana baginda dilantik
mengikut adat resam.Di samping itu,Raja Abdullah tidak mempunyai alat-alat
kebesaran yang diperlukan dalam perlantikan Sultan.Ramai pembesar dan
rakyat Perak masih menganggap Raja Ismail sebagai Sultan kerana baginda
dilantik sebagai Sultan Perak pada tahun 1871 selepas kemangkatan Sultan
Ali.Selain itu,Raja Ismail masih lagi menyimpan alat-alat kebesaran diraja yang
diterima semasa perlantikannya pada tahun 1871.Walaupun,Perjanjian Pangkor
ditandatangani pada 20 Januari 1874,tetapi Birch dilantik sebagai residen yang
pertama pada 1 November 1874,iaitu selama 10 bulan,Bagi British perlantikan
Raja Abdullah sebagai Sultan dianggap sebagai satu kesilapan kerana Raja
Abdullah dikatakan tidak mengetahui hal pentadbiran moden.Raja Abdullah
dianggap tidak menerima pembaharuan yang cuba dilaksanakan di
Perak.Kelemahan Perjanjian Pangkor juga terbukti kerana perjanjian ini tidak
mengiktiraf Sultan Ismail kerana beliau amat berpengaruh ketika itu.
Kelemahan Birch
Kelemahan Birch juga merupakan faktor yang penting membawa kepada
berlakunya Perang Perak pada 1874-1875.British menganggap perlantikan
Birch sebagai Residen lebih-lebih lagi sebagai Residen Pertama sebagai satu
kesilapan.Birch tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu serta tidak
memahami dan menghormati adat resam orang Melayu.Birch merupakan
seorang yang degil dan tidak berganjak dari kemahuannya.Beliau tidak
berdiplomasi dan tidak bertolak-ansur.Birch mahu melaksanakan pembaharuan
secara tergesa-gesa tanpa memikirakna kepentingan Sultan dan
pembesar.Kelemahan peribadi Birch lebih ternyata daripada peristiwa Ogos
1875 apabila Sultan Abdullah serta pembesar-pembesar mengunjungi tempat
kediaman dengan tujuan mendapat ganti rugi akibat penghapusan beberpa
keistimewaan.
Tindakan Sir William Jervais

