Page 4 - BUKU PANDUAN PSNZ (web).indd
P. 4
MISI, VISI DAN OBJEKTIF PSNZ
MISI
Menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran, konsultansi dan
penyelidikan dalam bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan
Sumber Alam melalui penyediaan perkhidmatan dan kemudahan
perpustakaan, pengurusan pengetahuan, perkhidmatan sumber
maklumat yang seiring dengan perkembangan teknologi
terkini.
VISI:
“Perpustakaan sebagai pusat kecemerlangan pengetahuan”
OBJEKTIF:
Untuk menyediakan perkhidmatan yang efektif, terkini dan
mesra pelanggan kepada warga kampus dan masyarakat .
Untuk meningkatkan penggunaan sumber maklumat dan
kemudahan perpustakaan.
Untuk melahirkan kakitangan yang berkemahiran dan
bermaklumat.
Untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat melalui
pengukuhan program pendidikan pelanggan.
Untuk membangun, mendokumentasi dan mengekalkan
sumber pembelajaran dan penyelidikan dalam pelbagai
disiplin ilmu melalui penyediaan koleksi bercetak,
multimedia dan sumber elektronik.
Untuk memelihara pengetahuan dan harta intelek universiti
melalui peranan perpustakaan sebagai pusat warisan dan
memori universiti.
PIAGAM PELANGGAN PSNZ
Kami beriltizam untuk:
Menyediakan persekitaran yang mesra pelanggan di dalam
perpustakaan.
Memastikan pelanggan perpustakaan diberi layanan yang
baik, berhemah dan memenuhi ketepatan keperluan.
Menyediakan koleksi yang komprehensif, terkini dan tepat.
Memastikan pangkalan data dapat diakses oleh pelanggan
24 jam x 7 hari.
OBJEKTIF KUALITI PSNZ
Kami beriltizam mengamalkan nilai lestari ini untuk mencapai,
mengekal dan menambahbaik objektif kualiti berikut:
PEMBANGUNAN KOLEKSI
Memastikan koleksi pada nisbah 1 pelajar : 15 naskhah
menjelang 2010.
Memastikan 90% daripada pembelian reading list dipenuhi.
2
Buku Panduan PSNZ Sesi 2010-2011

