Page 133 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 133

4  KEBERSIHAN  MURID

                       4.1   Memeriksa  dan  mengawasi  kebersihan  bilik-bilik  khas,  kantin,  tandas,
                            Dewan  Besar,  kawasan  sekolah  dan  surau.  Sekiranya  kurang
                            memuaskan, sila maklumkan Pengetua / Penolong Kanan sebelum ambil
                            tindakan.
                       4.2   Menilai  dan  memberi  markah  kebersihan  dan  keceriaan  kelas  kepada
                            jawatankuasa  berkenaan  serta  diumumkan  pemenangnya  semasa
                            perhimpunan rasmi hari Selasa. Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan
                            Kelas hendaklah dilaksanakan sepanjang tahun.

                    5  RAWATAN KESIHATAN  MURID

                       5.1   Mengurus rawatan murid yang sakit atau menghantar mereka ke hospital /
                            klinik.(Jika Perlu)
                       5.2   Menguruskan kes-kes kecemasan yang berkaitan dengan kesihatan dan
                            keselamatan  murid,  menghubungi  waris  dan  mengurus  penghantaran
                            mereka ke hospital atau balik ke rumah jika perlu.
                       5.3   Mengurus Surat Kebenaran ke klinik / hospital atau keluar dari kawasan
                            sekolah  pada  waktu  persekolahan  dengan  merujuk  kepada  pihak
                            pentadbir sekolah.

                    6  KANTIN DAN KOPERASI

                       6.1    Mengawasi  pelajar  semasa  waktu  rehat  di  kantin  supaya  tertib  dan
                              teratur.
                       6.2    Memastikan  pelajar  tidak  berebut-rebut  dan  memasukkan  pinggan  /
                              sampah  ke  dalam  bekas  yang  disediakan.  Guru  perlu membudayakan
                              pelajar dengan adab semasa di kantin.
                       6.3    Memastikan pelajar tidak makan dan minum di luar waktu rehat tanpa
                              kebenaran.
                       6.4    Membantu  Jawatankuasa  Kantin  dan  Koperasi  memastikan  penjualan
                              makanan  dan  pengurusan  kantin  adalah  mengikut  perjanjian  yang
                              ditetapkan.

                    7  SURAU

                       7.1    Memantau  dan  mengawal  pergerakan  pelajar  turun  ke  surau,
                              mengambil  wuduk  dan  mendirikan  solat  zohor  secara  berjemaah
                              sebelum pulang.
                       7.2    Memberikan tazkirah kepada pelajar perempuan yang tidak solat kerana
                              uzur.
                       7.3    Memastikan disiplin pelajar terkawal ketika solat berjemaah.





        ________________________________________________________________________________________
                                                                        Buku Pengurusan SESTER 2020
                                                                                             131
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138