Page 132 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 132

DASAR  GURU  BERTUGAS SESTER 2020



                   1.  KEHADIRAN GURU BERTUGAS

                       1.1   Berada di sekolah dari jam 7.00 pagi hingga 4.30 petang.
                       1.2   Guru yang terpaksa menghadiri kursus / menjalankan tugas rasmi diluar
                            sekolah /  cuti bersalin / cuti sakit pada hari beliau dijadualkan bertugas
                            perlu memaklumkan hal tersebut dengan segera kepada Penolong Kanan
                            / Pengetua.
                       1.3   Guru  Bertugas  tidak  dibenarkan  keluar  dari  kawasan  sekolah  untuk
                            urusan peribadi kecuali dengan pengetahuan rakan setugas ‘partner’ dan
                            Penolong Kanan / Pengetua.
                       1.4   Perjumpaan  guru  akan  bertugas  pada  minggu  berikutnya  bersama
                            Pengetua  diadakan  pada  masa  tamat  pesekolahan  hari  khamis  minggu
                            sebelum bertugas. Kehadiran di wajibkan.

                    2  PINTU PAGAR & KEHADIRAN  MURID

                       2.1   Berada di sekolah dari jam 7.00 pagi hingga 4.30 petang.
                       2.2   Menunggu dan mengalu-alukan kehadiran pelajar sempena konsep Guru
                            Penyayang.
                       2.3   Mengawasi  dan  mengambil  tindakan  kepada  pelajar  yang  datang  lewat
                            (selepas jam 7.30 pagi). Guru bertugas boleh meminta bantuan pengawas
                            untuk mencatat nama pelajar yang datang lewat ke dalam buku catatan
                            anti lewat yang telah disediakan untuk tindakan yang sewajarnya.
                       2.4   Memastikan  pelajar  bermotosikal  meletakkan  motosikal  di  luar  pagar
                            sekolah.
                       2.5   Memastikan pengawas bertugas di pintu pagar utama.

                    3  PERHIMPUNAN  MURID

                       3.1   Memastikan  Bendera  Malaysia,  Bendera  Negeri  dan  Bendera  Sekolah
                            dikibarkan pada setiap hari persekolahan.
                       3.2   Membantu AJK Perhimpunan mengendalikan perhimpunan mingguan dan
                            perhimpunan harian dari aspek :
                              3.2.1   Memastikan pelajar bersedia di tapak perhimpunan lebih awal.
                                     dengan teratur dan kemas
                              3.2.2   Memastikan peralatan P.A berfungsi
                              3.2.3   Membantu  guru  disiplin  dan  pengawas membuat  pemeriksaan
                                     selepas perhimpunan.
                              3.2.4   Mencatat   ringkasan   pengumuman   yang   dibuat   dalam
                                     perhimpunan.
                       3.3   Memberi  ucapan  ringkas  yang  menyentuh  disiplin,  kebersihan,  motivasi
                            atau aktiviti murid.
                       3.4   Memastikan murid beredar ke kelas dengan teratur, cepat dan senyap.

        ________________________________________________________________________________________
                                                                        Buku Pengurusan SESTER 2020
                                                                                             130
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137