Page 128 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 128

2.2.9   Memastikan  peralatan  dan  perabot  dalam  kelas  mencukupi.  Jika
                                  tidak, maklumkan kepada Jawatankuasa Aset.
                           2.2.10  Memberi  kesedaran  dan  kefahaman  kepada  pelajar  tentang
                                  pentingnya menjaga keselamatan harta benda dan keselamatan diri
                                  di dalam kelas.
                           2.2.11  Menerima aduan pelajar, merekod dan mengambil tindakan



                       2.3 Kewangan dan Perkeranian

                           2.3.1   Mengutip bayaran PIBG dan bayaran Koperasi.
                           2.3.2   Menyimpan rekod kutipan bayaran serta mengeluarkan resit.
                           2.3.3   Merekod  maklumat  mengenai  pemegang  biasiswa,  bantuan
                                  kewangan dan lain-lain.
                           2.3.4   Mengurus  dan  menyimpan  kad  001  serta  rekod  buku  SPBT  dan
                                  memastikan murid mematuhi peraturan berkaitan SPBT.

                               (Perkara 2.2.2 dan 2.2.3 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa)


                   3.  DISIPLIN KELAS
                       3.1 Bertanggungjawab pada setiap masa terhadap kelasnya dari segi :-
                          3.1.1   Disiplin Murid
                          3.1.2   Pakaian Murid
                          3.1.3   Pelantikan AJK Kelas
                       3.2 Menanam semangat kepimpinan, perpaduan, kekitaan dan akhlak yang baik
                          kepada murid-murid.
                       3.3 Guru  Tingkatan  dan  guru mata  pelajaran  harus  bekerjasama  dengan  guru
                          disiplin  mengekalkan  disiplin  sekolah.  Guru  kelas  perlu  melaporkan
                          sebarang  kes  pelanggaran  disiplin  kepada  guru  disiplin  untuk  diambil
                          tindakan.
                       3.4 Guru  Tingkatan  /  guru  mata  pelajaran  perlu  melapor  segera    tentang
                          sebarang  kemalangan  yang  berlaku  dalam  kelas  kepada  Pengetua  atau
                          Penolong Kanan HEM.
                       3.5 Semua  guru  mata  pelajaran  hendaklah  menyelesaikan  masalah  disiplin
                          yang  timbul  semasa  waktu  P  &  P  dan  membuat  catatan  dalam  Buku
                          Kawalan Kelas. Jika tidak dapat diselesaikan, rujuk kepada guru tingkatan
                          dan juga guru disiplin.
                       3.6 Guru-guru  juga  perlu membuat  pemeriksaan  dari semasa  ke semasa  kes-
                          kes  pelanggaran  disiplin  seperti  kekemasan  diri  dan  lain-lain  dalam
                          kalangan pelajar di dalam kelas.

                  4.0  KEBENARAN KELUAR / MASUK KELAS
                         4.1  Kebenaran  keluar  masuk  boleh  diberi  oleh  guru  yang  mengajar  pada
                              masa itu                     sahaja  menggunakan  Vest  Keluar
                              Kelas.
                         4.2  Hanya murid yang perlu sahaja dibenarkan keluar supaya pelajar tidak
                               menyalahgunakan masa yang merugikan mereka.
                         4.3  Murid  yang  hendak  berjumpa  kaunselor  atau  guru  disiplin  hendaklah
                               menunjukkan Surat Kebenaran sebelum dibenarkan keluar.




        ________________________________________________________________________________________
                                                                        Buku Pengurusan SESTER 2020
                                                                                             126
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133