Page 151 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 151
SENARAI TUGAS GURU PEMBIMBING / PENASIHAT
10.5
[Badan Beruniform & Persatuan / Kelab]
10.5.1 Mengadakan Mesyuarat Agong pada bulan JUN/JULAI dalam minggu Mesyuarat
Agong (AGM) seperti yang diarahkan oleh Majlis Jawatankuasa Kokurikulum.
10.5.2 Mengadakan perlembagaan/ peraturan Persatuan/ Kelab.
10.5.3 Merancang aktiviti persatuan/ Kelab bersama-sama AJK Tertinggi untuk satu tahun.
10.5.4 Menyerahkan perkara berikut kepada Penolong Kanan Kokurikulum.
Perlembagaan Persatuan/ Kelab
Senarai AJK Tertinggi.
Rancangan Aktiviti Tahunan.
Anggaran Perbelanjaan dan Keperluan persatuan/ Kelab.
Laporan Tahunan Aktiviti yang telah dijalankan.
Laporan Mesyuarat Agong Tahunan.
10.5.5 Menghadiri setiap perjumpaan, kegiatan dan mesyuarat persatuan/ kelab.
10.5.6 Memastikan setiap aktiviti dilaksanakan mengikut jadual tanpa melanggar peraturan.
10.5.7 Memberi bimbingan, nasihat dan panduan AJK persatuan / kelab dalam pelaksanaan
aktiviti-aktiviti.
10.5.8 Bertanggungjawab memberi bimbingan kepada murid-murid menyediakan laporan
kegiatan mengikut format tertentu selewat-lewatnya satu minggu selepas setiap kegiatan
dijalankan.
10.5.9 Guru bersama-sama AJK perlu merancang pertandingan antara ahli untuk mencungkil
bakat dan kebolehan serta memilih murid yang layak mewakili persatuan / kelab.
10.5.10 Menulis maklumat kegiatan persatuan/kelab pada minggu di papan kenyataan
kokurikulum.
10.5.11 Menyelia dan mengemaskinikan papan kenyataan persatuan/ kelab dan
mengelakkannya daripada disalahgunakan.
10.5.12 Guru penasihat dan guru pengurus mestilah menjadi Pengerusi Jawatankuasa
Pertandingan antara rumah / tingkatan / kelas bagi tiap-tiap pertandingan yang
dianjurkan.
10.5.13 Mengurus penyertaan ahli persatuan / kelab dalam kegiatan atau pertandingan di
peringkat Zon, Negeri dan Kebangsaan.
10.5.14 Mengiringi setiap rombongan yang berkaitan dengan persatuan/ kelabnya.
10.5.15 Bertanggungjawab menempah bas sekolah jika pengangkutan diperlukan.
10.5.16 Memastikan bahawa semua kegiatan lawatan anjuran persatuan/ kelab hendaklah
mendapat kebenaran Pengetua.
10.5.17 Sekiranya ada pungutan selain daripada bayaran persatuan/ kelab, Guru penasihat
hendaklah menyerahkan penyata kewangan kepada setiausaha kokurikulum pada akhir
tahun.
10.5.18 Guru penasihat dan pengurus patut memikirkan cara yang difikirkan sesuai untuk
memajukan murid-muridnya
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
149

