Page 152 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 152

SENARAI TUGAS  GURU PEMBIMBING / PENASIHAT
                 10.6
                                                 [Sukan & Permainan]

              10.6.1  Menentukan sistem latihan yang kemas dan berkesan bagi pasukan.
              10.6.2  Memajukan kemahiran dan minat murid-murid dalam pasukannya.
              10.6.3  Memilih  pemain-pemain  yang  layak  untuk  mewakili  sekolah  dalam  sebarang
                     permainan antara sekolah.
              10.6.4  Bertanggungjawab  membentuk  dan melatih  pasukan  sekolah  ke  peringkat  yang
                     tertinggi  dalam  semua  pertandingan.  Guru  permainan  hendaklah  hadir  semasa
                     latihan dijalankan.
              10.6.5  Guru  permainan  bertanggungjawab  kepada  disiplin  dan  kedatangan  pemain-
                     pemain pada masa latihan atau pertandingan di adakan.
              10.6.6  Mengiringi pemain semasa mengadakan pertandingan permainan di luar kawasan
                     sekolah.
              10.6.7  Berusaha  mendapatkan  khidmat  nasihat  dari  mereka  yang  pakar  dalam
                     permainan itu.
              10.6.8  Mengatur  pengangkutan  untuk  perlawanan  dengan  pasukan  luar.  Bas  sekolah
                     boleh diatur melalui pemandu bas sekolah atau buku pengangkutan.
              10.6.9  Menilai prestasi pencapaian pasukan dalam sesuatu pertandingan dan berusaha
                     untuk meningkatkan prestasi pasukan.
              10.6.10 Bertanggungjawab  ke  atas  keselamatan  alat-alat  atau  pakaian  bagi  permainan.
                     Alat-alat  boleh  didapati  daripada  guru  penyelaras  sukan.  Sebarang  kehilangan
                     atau  kerosakan  alat-alat  permainan  mestilah  diberitahu  kepada  guru    Panitia
                     Pendidikan Jasmani.
              10.6.11 Memastikan  pemain-pemain  yang  tidak  dapat  makan  pada  masa  tertentu
                     disebabkan sesuatu perlawanan dengan memberitahu kepada penyelia makanan
                     terlebih dahulu.
              10.6.12 Menyediakan  satu  laporan  bertulis  (format)  beserta  dengan  gambar  mengenai
                     pertandingan permainan untuk dihantar kepada setiausaha sukan.



                11.0   JAWATANKUASA PENYELARAS PROGRAM @ MAJLIS  RASMI SEKOLAH
                       Pengerusi               Pengetua
                       Timbalan Pengerusi @    Penolong Kanan Pentadbiran
                       Naib Pengerusi          Penolong Kanan HEM
                       (Mengikut bidang
                       tugas)                  Penolong Kanan Kokurikulum
                       Setiausaha              Nama guru di bawah
                       AJK                     Semua guru terlibat – rujuk pada Timbalan Pengerusi



        ________________________________________________________________________________________
                                                                        Buku Pengurusan SESTER 2020
                                                                                             150
   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156