Page 4 - Panglima 2019
P. 4
KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK DATO’
PANGLIMA PERANG KIRI, TAPAH ROAD
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Warga SMKDPPK yang dikasihi, bersesuaian dengan tuntutan transformasi pendidikan masa kini, sekolah kita
turut menyahut seruan dan cabaran untuk berubah kepada penampilan dan pencapaian yang lebih baik.
Alhamdulillah, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah membuktikan bahawa kita mampu
memperbaiki pencapaian kita dengan menghasilkan pelbagai kejayaan sama ada dalam bidang
kurikulum mahupun kokurikulum. Berkat semangat kerja sepasukan yang kita amalkan, SMKDPPK telah
berjaya meninggalkan kelompok sekolah “band 6” dan melangkah masuk ke dalam kelompak sekolah
“band 4”, iaitu kelompok pencapaian yang lebih baik. Kejayaan manis kita bersama seterusnya ialah
apabila sekolah kita terpilih menjadi calon Tawaran Baru New Deal Pengetua (Baiah) Tahun 2014. Semua
pencapaian yang membanggakan ini merupakan satu manifestasi bahawa kita semua, guru dan murid
sentiasa bekerja kuat dan gigih bagi merealisasikan hasrat Transformasi Pendidikan yang dirancang
penuh teliti dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.
Kepada semua murid saya berpesan agar sentiasa menjaga budi bahasa, bertingkahlaku mulia dan menjadikan
sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan masing-
masing. Kepada para guru, bersamalah kita semua meneruskan usaha bersungguh-sungguh memupuk,
menggilap dan mengembangkan potensi murid agar fungsi sekolah sebagai institusi pendidikan dapat
mencapai matlamatnya.
Akhir kata, TERIMA KASIH dan TAHNIAH diucapkan kepada semua guru dan murid SMKDPPK atas segala
kerjasama dan usaha anda meningkatkan pencapaian sekolah kita. Saya yakin semua warga sekolah ini,
guru dan murid akan dapat meneruskan usaha membawa sekolah ini ke mercu kejayaan.
“If you believe in yourself, anything is possible”.
Sekian, terima kasih.
Encik Samsuri Bin Sudin@Budin
Pengetua SMK Dato’ Panglima Perang Kiri.

