Page 6 - Panglima 2019
P. 6

KATA ALU-ALUAN







            KETU A   P EL A J A R





            Bismillahirrahmanirrahim,Assalamuailaikum Warrahmatullahi wabarakatuh.Salam damai saya
                  ucapkan kepada pembaca majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Panglima
                  Perang Kiri.Syabas Dan tahniah saya ucapkan kepada kesemua ahli kakitangan serta
                  tenaga kerja Guru-guru sekolah atas kejayaan penerbitan majalah sekolah Ini. Setinggi-
                  tinggi penghargaan saya berikan kepada pihak pentadbir dan guru guru SMK Dato
                  Panglima Perang Kiri kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk
                  mengalas jawatan sebagai KETUA PENGAWAS Sekolah Menengah Kebangsaan Dato
                  Panglima Perang Kiri Bagi Sesi 2019.Segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak
                  termasuk para pelajar SMK Dato Panglima Perang Kiri Kepada Lembaga Pengawas amat
                  saya hargai.Elemen kerjasama tersebut amat penting bagi mencapai objektif Lembaga
                  Pengawas sekali gus memastikan visi dan misi sekolah dapat direalisasikan.
                 Tanggungjawab Lembaga Pengawas dalam memastikan disiplin pelajar dalam tahap
                  terbaik sememangnya agak kompleks, namun komitmen yang diberikan oleh para guru
                  Lembaga Pengawas dan pengawas sekolah memastikan kami terus komited dalam
                  melaksanakan tanggungjawab tersebut. Segala kritikan yang membina dan maklum
                  balas daripada semua pihak terhadap Lembaga Pengawas amat kami hargai demi
                  meningkatkan kredibiliti Lembaga Pengawas SMK Dato Panglima Perang Kiri.
                 Dalam menimba ilmu, kita perlu mengamalkan prinsip “Ask and it will be given to you;
                  seek and you will find; knock and the door will be opened to you”, dan kita perlu
                  berusaha bersungguh-sungguh dan bukannya bersandarkan pada guru sahaja. Kejayaan
                  dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri murid harus diseimbangkan. Hal
                  ini demikian kerana kejayaan yang sempurna memerlukan pencapaian yang seimbang
                  dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek seseorang pelajar.





                Sekian Terima Kasih
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11