Page 5 - Panglima 2019
P. 5
KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA
PIBG SMKDPPK 2019
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, e-majalah Panglima tahun 2019
ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Tahniah saya ucapkan kepada barisan pentadbir
dan jawatankuasa majalah yang bertungkus lumus menyiapkan e-majalah ini. Jutaan
terima kasih juga kepada pihak sekolah atas kesudian memberi peluang kepada saya
untuk mencoret sepatah dua kata sebagai satu cetusan paradigma buat semua warga
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Panglima Perang Kiri.
Bagi saya kemunculan majalah ini amat dinanti-nanti oleh seluruh warga sekolah. Naskah
bersejarah ini menggambarkan wajah warga dan emosi warga panglima sepanjang
tahun 2019. Disamping itu, e-majalah ini juga menjadi satu lapangan buat para anak-
anak memaparkan bakat dalam pelbagai bidang seperti akademik, sukan, penulisan
dan lontaran idea-idea yang kreatif. e-majalah ini juga menjadi bukti perkembangan
positif dikalangan anak-anak panglima dalam bidang masing-masing. Segala usaha ini
memaparkan komitmen dan kerjasama warga SMKDPPK dalam menjayakan aktiviti
serta meraikan kejayaan sepanjang tahun 2019. Syabas diucapkan!!
Seiring dengan peredaran masa, mutu pendidikan juga telah berubah ke arah semakin
maju ke hadapan sejajar dengan dasar-dasar terkini kementerian Pendidikan
Malaysia. Para pendidik memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan
hasrat kerajaan. Saya mewakili pihak PIBG meletakkan kepercayaan yang tinggi
terhadap peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dalam membentuk jiwa dan
rohani anak-anak panglima. Harumkan nama SMKDPPK dengan kejayaan yang
dikecapi dan lakarkanlah sejarah yang luar biasa.
Akhir kata, saya ingin melafazkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru,
murid dan ibu bapa atas sokongan dan kerjasama dalam memartabatkan nama
SMKDPPK .

