Page 7 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 7
PENDAHULUAN
PENDIDIKAN KESIHATAN
UNIT 1: Pendidikan Kesihatan Reproduktif 156 Buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4 ditulis berdasarkan
dan Sosial (PEERS) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani.
Kesihatan Diri dan Reproduktif 156 Kandungan buku ini disertakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), elemen
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21), Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dan menekankan
Penyalahgunaan Bahan 166 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berpusatkan murid. Pendekatan Teaching Games
for Understanding (TGfU) dan Quick Response Code (kod QR) dapat merangsang minat dan
Pengurusan Mental dan Emosi 174 keseronokan murid.
Tiga domain utama iaitu psikomotor, kognitif dan afektif masih diberikan penekanan dalam
Kekeluargaan 182 enam unit Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani tingkatan empat. Manakala
Pendidikan Kesihatan pula, terdapat tiga unit iaitu Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan
Perhubungan 190 Sosial (PEERS), Pemakanan dan Pertolongan Cemas yang bertujuan meningkatkan literasi
kesihatan murid.
Penyakit 198 Pembelajaran peringkat menengah rendah yang dilalui murid bertujuan untuk melahirkan
murid yang mempunyai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif serta mempunyai
Keselamatan 206 jati diri yang tinggi. Pembelajaran peringkat menengah atas yang bermula daripada tingkatan
empat pula bertujuan untuk membentuk murid berprestasi tinggi berasaskan New Pedagogies
for Deep Learning yang menjurus kepada pembelajaran bermakna.
UNIT 2: Pemakanan 214
Pengajaran permainan dalam Pendidikan Jasmani mengaplikasikan pendekatan TGfU.
Pendekatan ini menjadikan strategi dan taktikal permainan sebagai medium pengajaran dan
UNIT 3: Pertolongan Cemas 220 pemudahcaraan. Aspek strategi dan taktikal permainan yang dicadangkan merupakan panduan
murid untuk mempelajari permainan melalui kemahiran menaakul berkonsepkan brain base
• Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) 222 learning. Strategi dan taktikal menyerang dan bertahan didedahkan dalam pembelajaran
permainan kategori serangan, jaring, pukul dan memadang.
Senarai Rujukan 227 Penulisan buku teks ini juga menerapkan kemahiran kepimpinan dalam pasukan bagi
melahirkan murid yang dapat menguasai kemahiran insaniah. Kemahiran kepimpinan yang
Indeks 231 terkandung dalam DSKP amat penting untuk ditonjolkan bagi mencorak kemenjadian murid
yang merupakan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013−2015.
Ilustrasi, gambar, peta minda, peta i-Think dan jadual yang terkandung dalam buku
ini bertujuan untuk mempelbagaikan cara penyampaian agar murid dapat memahami
pembelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Maklumat tambahan turut diselitkan bagi
menambah pengetahuan murid. Diharapkan buku ini mampu memenuhi keperluan serta
dimanfaatkan sebaik mungkin oleh guru dan murid.
iv v

