Page 35 - BUKU TEKS T5
P. 35
BAB 1
5. Struktur organisasi berdasarkan matriks
Dikenali sebagai sistem berbilang arahan.
Kombinasi dua jenis struktur organisasi iaitu struktur organisasi mengikut fungsi dan struktur
organisasi mengikut produk.
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Pengurus Besar
Pengarah Pengarah Pengarah Pengarah Pengarah Pengarah
Projek Operasi Kewangan Reka Bentuk Pemasaran Sumber
Manusia
Eksekutif
Projek A
Eksekutif
Projek B
Eksekutif
Projek C
Rajah 1.8 Contoh struktur organisasi berdasarkan matriks.
sudut
aktiviti
Syarikat KENCANA Sdn. Bhd. yang baharu ditubuhkan menawarkan produk kesihatan berasaskan herba yang
berjenama D’Aura. Perniagaan ini bercadang untuk mewujudkan rangkaian perniagaan menerusi lantikan stokis
dan pengedar produk di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Lakukan aktiviti dalam kumpulan.
1. Ciptakan satu struktur organisasi yang sesuai bagi perniagaan di atas.
2. Bincangkan kelebihan dan kekurangan struktur organisasi yang dicadangkan.
3. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas.
23

