Page 104 - SK tingkatan 5
P. 104

AKTIVITI 4              Kerja kumpulan
                                          Memanipulasikan Data
                  Berdasarkan Aktiviti 3, anda telah mencipta jadual-jadual yang berikut untuk Sistem Tempahan Bilik di
                  sebuah hotel.

                                    BILIK (NoBilik, Jenis, Harga)
                                    TEMPAHAN (NoTetamu, TarikhMasuk, TarikhKeluar, NoBilik)
                                    TETAMU (NoTetamu, Nama, Alamat, Pekerjaan)


                  Tulis arahan SQL untuk melakukan perkara yang berikut:
                  1  Masukkan maklumat bilik, tetamu dan tempahan yang dibuat oleh pelanggan.
                  2  Pihak hotel ingin menaikkan kadar harga setiap bilik sebanyak 10%. Kemaskinikan harga baharu
                    setiap bilik itu.
                  3  Hapuskan maklumat pelanggan yang telah mendaftar masuk pada 1 November 2016.





                  2.1.5  SQL: Mendapatkan Semula Data


                 Sebelum ini, tiga arahan bahasa pengolahan data iaitu UPDATE, INSERT dan DELETE telah dibincangkan.
                 Arahan  ini membolehkan  anda  melakukan  perubahan terhadap rekod  dalam jadual. Arahan yang
                 seterusnya ialah pernyataan SELECT yang membolehkan anda mencapai rekod daripada jadual.


                 Pernyataan SELECT

                 Pernyataan SELECT digunakan untuk mencapai data daripada jadual dalam pangkalan data. Pernyataan
                 SELECT terdiri daripada tiga pernyataan asas seperti dalam Jadual 2.1.13.

                                             Jadual 2.1.13  Struktur asas pernyataan SQL
                       Pernyataan                              Keterangan

                      SELECT       Senaraikan nama medan yang ingin dipaparkan
                      FROM         Nama jadual yang hendak dicapai data

                      WHERE        Menentukan rekod tertentu yang ingin dipaparkan. Tanpa pernyataan ini, semua rekod akan
                                   dipaparkan.



                   Pernyataan SELECT dan FROM perlu dinyatakan apabila mencapai data manakala pernyataan
                 WHERE adalah untuk pilihan. Pernyataan WHERE hanya diperlukan jika anda ingin mencapai data yang
                 tertentu. Sekiranya terdapat lebih daripada satu syarat, pernyataan AND boleh digunakan.






                  96   Sains Komputer Tingkatan 5
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109