Page 106 - SK tingkatan 5
P. 106
Pernyataan dalam Rajah 2.1.48 memaparkan semua rekod dan medan yang terdapat dalam jadual
BARANG. Penggunaan asterisk (*) merupakan singkatan untuk memaparkan semua medan yang terdapat
dalam jadual. Output kepada pernyataan ini ditunjukkan dalam Rajah 2.1.49.
(b) Mencapai semua rekod dan medan tertentu seperti NoBarang dan NamaBarang.
Pernyataan SQL:
Rajah 2.1.50 Mencapai rekod medan tertentu
Output:
Rajah 2.1.51 Paparan rekod medan tertentu
Pernyataan dalam Rajah 2.1.50 memaparkan semua rekod tetapi merujuk medan tertentu sahaja, iaitu
NoBarang dan NamaBarang. Untuk mencapai rekod medan tertentu, anda perlu menyenaraikan nama-
nama medan yang hendak dicapai. Output kepada pernyataan ini ditunjukkan dalam Rajah 2.1.51.
98 Sains Komputer Tingkatan 5

