Page 108 - SK tingkatan 5
P. 108
ORDER BY
Setelah data dimasukkan ke dalam jadual, anda boleh memanggil data dalam bentuk susunan menaik
atau menurun dengan menggunakan pernyataan ORDER BY. Pada asasnya, ORDER BY akan mengisih
data mengikut susunan menaik. Jika anda ingin mengisih mengikut susunan menurun, anda perlu
menambah perkataan DESC.
Format:
SELECT nama medan
FROM nama jadual
ORDER BY nama medan;
CONTOH 12
Rajah 2.1.54 menunjukkan cara untuk mencapai data dalam bentuk susunan menaik dan menurun.
(a) Menyenaraikan maklumat semua barang dalam susunan menaik mengikut nama barang.
Pernyataan SQL:
Rajah 2.1.54 Mencapai data dengan susunan menaik
Output:
Rajah 2.1.55 Paparan data mengikut susunan menaik
100 Sains Komputer Tingkatan 5

