Page 113 - SK tingkatan 5
P. 113
Pernyataan dalam Rajah 2.1.60 akan menghitung jumlah barang yang dipinjam oleh IDMurid M1000
sahaja. Perhitungan ini dapat dilakukan dengan menambah pernyataan pada syarat WHERE yang
hanya merujuk IDMurid M1000.
Lihat nama medan yang dipaparkan dalam Rajah 2.1.61, iaitu SUM(KUANTITI). Anda mungkin inginkan
nama yang berbeza yang lebih bermakna. Anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan
ungkapan AS seperti dalam Rajah 2.1.62.
Pernyataan SQL:
Rajah 2.1.62 Mencapai data dengan menggunakan fungsi SUM
Output:
Rajah 2.1.63 Paparan data untuk fungsi SUM
Pernyataan dalam Rajah 2.1.62 akan menghitung jumlah barang yang dipinjam oleh murid tertentu sahaja
dan menamakan medan SUM(KUANTITI) kepada JumlahBarang seperti paparan output dalam Rajah
2.1.63.
MIN
Fungsi MIN, iaitu minimum, akan mengembalikan nilai terendah daripada medan tertentu dalam jadual.
Format:
SELECT MIN (nama medan)
FROM nama jadual;
BAB 2 Pangkalan Data Lanjutan 105

