Page 110 - SK tingkatan 5
P. 110
AKTIVITI 5 Kerja Individu
Mencapai Data Menggunakan Pernyataan SQL
Tulis arahan SQL bagi setiap pernyataan yang diberikan.
1 Paparkan semua maklumat produk yang terdapat dalam stok.
2 Paparkan nama dan kuantiti produk yang terdapat dalam stok.
3 Senaraikan nama produk yang diperbuat daripada kayu getah.
4 Senaraikan semua maklumat meja yang terdapat dalam stok.
5 Senaraikan nama produk yang tidak diperbuat daripada kayu jati.
6 Paparkan semua maklumat produk yang diperbuat daripada kayu nyatuh dan jati.
7 Senaraikan nama dan harga meja makan yang diperbuat daripada kayu getah.
8 Senaraikan nama dan harga produk yang diperbuat daripada kayu getah. Susun output secara
menaik mengikut nama.
Paparkan output untuk setiap ungkapan. Gunakan maklumat dalam jadual yang berikut.
PRODUK
NoProduk Nama Harga Kuantiti JenisKayu
P01 MEJA KOPI 200 100 GETAH
P02 MEJA KOMPUTER 375 1000 LAPIS
P03 MEJA MAKAN 800 500 JATI
P04 MEJA KOMPUTER 500 500 NYATUH
P05 MEJA SEKOLAH 100 2000 GETAH
P06 KERUSI 60 1000 GETAH
P07 KERUSI 100 500 JATI
P08 KERUSI 110 500 NYATUH
P09 MEJA MAKAN 300 200 GETAH
P10 MEJA KOMPUTER 120 1000 GETAH
102 Sains Komputer Tingkatan 5

