Page 173 - SK tingkatan 5
P. 173

Pengumpukan nilai dalam struktur giliran (queue)
                  Giliran (Queue) merupakan struktur data linear, iaitu pengumpukan nilai dalam ruang ingatan secara
                  teratur. Queue boleh membuang nilai lama, iaitu nilai yang terawal dimasukkan. Kaedah ini dipanggil
                  FIFO (first-in, first-out ).

                     Untuk memahami konsep queue ini, cuba murid bayangkan sistem angka giliran di kaunter bank.
                  Pelanggan akan dipanggil dan dilayan mengikut turutan nombor tiket yang diambil.

                  Operasi queue
                  Terdapat dua operasi penting dalam queue, iaitu:
                  1  enqueue – Memasukkan data ke dalam queue
                  2  dequeue – Membuang data lama dalam queue
                     Operasi queue boleh dilakukan menggunakan fungsi  ‘push()’ dan ‘shift()’ dalam Rajah
                  3.1.42 atau ‘unshift()’ dan ‘pop()’ bagi objek tatasusunan seperti yang ditunjukkan dalam
                  Rajah 3.1.43.
                  Kelebihan
                  Keempat-empat fungsi ini sangat mudah digunakan dengan hanya memanggil fungsi-fungsi tersebut.
                  Kekangan
                  Fungsi-fungsi ini tidak sesuai digunakan jika:
                  •  Mempunyai queue yang besar (mempunyai queue yang panjang atau nilai queue yang banyak)
                     kerana perlaksanaannya menggunakan tatasusunan (array).
                  •  Nilai-nilai perlu digerakkan kedudukannya setiap kali fungsi ‘shift()’ dipanggil dan digunakan.
                  Penggunaan push() dan shift() dalam JavaScript

                  •  Nilai awal dimasukkan melalui bahagian belakang ruang ingatan array.
                  •  Nilai awal dikeluarkan melalui bahagian depan ruang ingatan array.
                                         depan                   belakang                      uji Minda
                           push(5)                                  5
                                                                                     Pada pendapat
                                         depan                   belakang            anda, bagaimanakah
                          push(-1)                     5           -1                fungsi queue dapat
                                         depan                   belakang            diaplikasikan dalam
                          push(12)         5           -1          12                sistem nombor giliran
                                                                                     di sebuah bank?
                                         depan                   belakang
                          shift( )        -1           12


                    Penerangan:
                    1  Arahan push(5) akan memasukkan nilai 5 dari arah belakang ke dalam queue.
                    2  Arahan  push(-1) akan memasukkan nilai –1 dari arah belakang ke dalam  queue, iaitu
                      selepas nilai 5 dimasukkan. Begitu juga dengan arahan push(12).
                    3  Arahan  shift() akan mengeluarkan nilai terawal yang dimasukkan, iaitu nilai 5 dalam
                      contoh di atas.



 PB                                                                BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 165
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178