Page 178 - SK tingkatan 5
P. 178

A

                                            Keluarkan nilai daripada Queue
                                                    queueNo.pop(  )

                                           Paparkan nilai-nilai dalam Queue



                                                          TAMAT
                                     Rajah 3.1.45  Carta alir (pengumpukan nilai-nilai dalam struktur queue)


                  3.1.3   Atur cara yang Mempunyai Pemalar, Pemboleh

                         ubah dan Jenis Data Berlainan bagi Bahasa
                         Penskripan Klien


                 Seperti yang telah dipelajari sebelum ini, atur cara penskripan klien boleh ditulis menggunakan
                 JavaScript. Atur cara JavaScript klien boleh ditulis dan dibenam (embed) dalam dokumen HTML dan
                 diinterpretasikan oleh pelayar (browser).

                   Dalam topik ini, murid akan menggunakan pemalar, pemboleh ubah dan jenis data yang berlainan
                 dalam atur cara bubble sort, selection sort, binary search, mendapatkan nilai maksimum, minimum,
                 purata dan nilai count. Begitu juga atur cara dalam pengumpukan nilai dalam queue.

                 Pemboleh ubah

                 Pemboleh ubah ialah ruang ingatan yang digunakan untuk menyimpan nilai sementara sewaktu atur
                 cara diproses. Nilainya boleh berubah-ubah mengikut penggunaan pemboleh ubah atau arahan kepada
                 pemboleh ubah. Setiap pemboleh ubah akan diberi nama mengikut nilai yang disimpan. Nama yang
                 diberi kepada pemboleh ubah dikenali sebagai pengecam.
                  Contoh:
                  •  Nilai gaji pekerja. Nama pemboleh ubah yang boleh diberi ialah gajiPekerja.
                  •  Nama pelajar. Nama pemboleh ubah yang boleh diberi ialah namaPelajar.


                 Pemalar

                 Pemalar merupakan ruang ingatan yang digunakan untuk menyimpan nilai sementara sewaktu atur cara
                 diproses. Pemalar sama seperti pemboleh ubah tetapi nilainya tidak boleh berubah-ubah. Nilai tidak boleh
                 berubah kerana nilai yang ditentukan itu merupakan suatu nilai yang telah ditetapkan dalam atur cara.
                   Contoh nilai pemalar:

                  •  Nilai pi (π), iaitu bernilai 3.142 (ditulis dalam bentuk tiga titik perpuluhan).
                  •  Bilangan hari dalam seminggu, iaitu tujuh hari.

                   Const ialah kata kunci yang digunakan dalam JavaScript untuk merujuk pemalar.


                 170   Sains Komputer Tingkatan 5                                                                                                                                                                PB
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183