Page 179 - SK tingkatan 5
P. 179

Jenis Data
                  Jenis data merupakan jenis nilai atau pelbagai set data yang digunakan dalam atur cara. Jadual 3.1.2
                  menunjukkan jenis data asas dalam JavaScript.
                                              Jadual 3.1.2  Jenis data asas dalam JavaScript

                                             Jenis data            Contoh data
                                              Nombor            5          100.50
                                           Rentetan (String)  “Ali bin Abu”  “BMW 318i”
                                              Boolean          true        false

                     Murid boleh melakukan proses-proses seperti mengisih (kaedah bubble sort atau selection sort),
                  mencari nilai tertentu (kaedah binary search), mencari nilai maksimum (max), mencari nilai minimum
                  (min), mengira nilai purata (mean) dan mengira bilangan nilai (count) kepada pelbagai jenis nilai atau
                  data yang telah diterangkan sebelum ini.

                   CONTOH        17

                  Contoh 17 menunjukkan senarai bilangan ahli rumah dalam bancian penduduk diambil dan direkodkan.
                  Bilangan ahli rumah dimasukkan ke dalam pemboleh ubah banciPenduduk dan seterusnya diisih secara
                  menaik menggunakan isihan buih. Atur cara JavaScript dan contoh output ditunjukkan pada Jadual 3.1.3.

                             Jadual 3.1.3  Contoh atur cara JavaScript dan output isihan buih (bubble sort) (Jenis data nombor)
                    Jenis data                Contoh atur cara penskripan bagi isihan buih (Bubble Sort)
                   Nombor     <html>
                                <body>
                                 <script>
                                   var banciPenduduk=[5,1,4,3,2];  1
                                   var bilNombor = banciPenduduk.length, i, j;
                                   var sementara = banciPenduduk[0];
                                   document.write("Senarai bilangan ahli rumah dalam bancian
                                     (sebelum diisih):<br>");
                                   document.write(banciPenduduk);
                                   document.write("<br><br>Senarai bilangan ahli rumah dalam
                                     bancian (selepas diisih secara menaik - Isihan
                              Buih):<br>");
                                   for (i=0; i<bilNombor-1; i++)
                                   {
                                    for (j=0; j<bilNombor-i-1; j++)
                                    {
                                      if (banciPenduduk[j] > banciPenduduk[j+1])
                                      {                                                       2
                                       sementara = banciPenduduk[j];
                                       banciPenduduk[j] = banciPenduduk[j+1];
                                       banciPenduduk[j+1] = sementara;
                                      }
                                    }
                                   }
                                   document.write(banciPenduduk);
                                 </script>
                                </body>
                              </html>

 PB                                                                BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 171
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184