Page 246 - SK tingkatan 5
P. 246
Penerangan:
Simbol Penerangan
1 Gunakan objek borang (form).
2 Objek borang yang mempunyai elemen kotak teks yang bernama ‘namapengguna’.
Objek borang yang mempunyai elemen kotak teks yang bernama ‘katalaluan’.
3
Nota: Kotak teks ini akan memaparkan simbol ‘*’ apabila pengguna memasukkan kata laluan.
4 Menyediakan butang tindakan yang bernama ‘submit’.
AKTIVITI 4 Membina Laman Web Unik
Kerja Individu
Ah Seng memiliki sebuah pasar raya di bandar Jengka.
Untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan, Ah Seng
ingin membina laman web untuk pasar rayanya agar lebih
dikenali oleh orang ramai. Laman web yang dicadangkan
berupaya untuk merekodkan maklumat pengguna yang
mengunjungi laman web tersebut dan setiap pengguna
mempunyai kata laluan. Kemudian, setelah pengguna
berjaya memasuki laman web tersebut, pengguna dapat
melihat barang-barang yang ada di pasar rayanya.
Berdasarkan situasi ini, bagaimanakah anda, sebagai
murid Sains Komputer, ingin membina laman web
seperti yang dikehendaki oleh Ah Seng?
3.2.4 Penggunaan Data yang Diimport daripada Fail
Teks untuk Menyelesaikan Masalah
Apabila kita mempunyai banyak data yang perlu diproses/dimanipulasikan, adalah lebih baik sekiranya
data-data tersebut disimpan dalam fail (contohnya fail teks). Data-data dalam fail kemudiannya dapat
diproses tanpa memerlukan satu persatu data yang diinput oleh pengguna.
Katakan kita mempunyai senarai nombor integer seperti 10, 30, 32, 6, 45 dan 20. Kita boleh
menyimpan nombor-nombor ini ke dalam satu fail teks untuk dijadikan sebagai input dalam laman web
bagi mencari jumlah, nilai purata dan sebagainya.
238 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

