Page 241 - SK tingkatan 5
P. 241

3.2.3   Penggunaan Bahasa Penskripan Pelayan untuk
                           Membina Laman Web yang Unik bagi Setiap
                           Pengguna


                  Sesuatu laman web kelihatan unik bagi setiap pengguna apabila laman web memaparkan maklumat
                  tentang pengguna tersebut sahaja seperti biodata murid, maklumat terperinci buku, transaksi rekod
                  kerja harian dan lain-lain. Rajah 3.2.8 menunjukkan laman web unik bagi setiap pengguna secara
                  ringkas.





























                                              Rajah 3.2.8  Laman web unik bagi setiap pengguna




                      PROJEK          1     Kerja Individu
                                            Membangunkan Laman Web

                    Membangunkan laman web berdasarkan senario atau bidang kerja dengan menggunakan bahasa penskripan
                    pelayan.

                     Situasi:
                     Katakan kita ingin membina laman web yang akan memaparkan maklumat murid yang log masuk
                     ke dalam sistem maklumat murid. Pertama sekali, murid dikehendaki memasukkan nama pengguna
                     dan kata laluan dalam laman web log masuk. Sekiranya murid berjaya masuk dalam laman web log
                     masuk, seterusnya maklumat biodata murid akan dipaparkan berdasarkan data yang telah disimpan
                     terlebih dahulu di dalam fail teks. Sementara waktu, kita beranggapan bahawa fail teks bertindak
                     seperti fail pangkalan data yang akan menyimpan maklumat seperti nama pengguna, kata laluan,
                     nama murid, kelas, jantina serta negeri lahir. Ringkasan bagi projek ini seperti yang ditunjukkan pada
                     Rajah 3.2.9.





 PB                                                                BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 233
   236   237   238   239   240   241   242   243   244   245   246