Page 242 - SK tingkatan 5
P. 242

Rajah 3.2.9  Ringkasan laman web yang ingin dibangunkan


                  Fail teks bernama Biodata.txt hendaklah disediakan terlebih dahulu dengan menggunakan perisian Notepad.
                  Fail teks ini mengandungi maklumat nama pengguna, katalaluan, nama murid, kelas, jantina dan negeri
                  kelahiran. Setiap baris dalam fail tersebut mempunyai 6 item data dan dipisahkan dengan simbol koma.
                  Atur cara bagi laman web LogMasuk.php akan dibangunkan bagi membenarkan pengguna memasukkan
                  data nama pengguna dan katalaluan.
                  Atur cara bagi laman web Biodata.php akan dibangunkan bagi mencapai data yang telah disimpan dalam
                  fail teks Biodata.txt. Sekiranya nama pengguna dan katalaluan yang dimasukkan berpadanan dengan data
                  yang ada dalam fail teks tersebut maka maklumat lain seperti nama murid, kelas, jantina serta negeri kelahiran
                  akan dipaparkan.

                  Rajah 3.2.10 menunjukkan atur cara bagi laman web Biodata.php dan Rajah 3.2.11 pula adalah paparan
                  output bagi laman web tersebut.

                      <html>
                        <head>
                          <title>Log Masuk</title>
                          <?php
                            $nama = $_POST['namapengguna'];
                            $katalaluan = $_POST['katalaluan'];
                            $jumpa = False;
                          ?>
                        </head>
                        <body>
                           <p>Biodata Murid</p>

                 234   Sains Komputer Tingkatan 5                                                                                                                                                                PB
   237   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247