Page 259 - SK tingkatan 5
P. 259

Penerangan:
                  Pernyataan if ($_SERVER["REQUEST_METHOD"] == "POST") pada 1 bertujuan untuk


                  memeriksa jenis kiriman borang data.
                  Pernyataan if (empty($_POST["Nama"])) pada 2 bertujuan untuk memeriksa kandungan


                  medan ‘Nama’. Sekiranya kandungan medan "nama" adalah kosong, maka pemboleh ubah errName
                  akan menyimpan perkataan "Sila Masukkan Nama".
                  Pernyataan  if (empty($_POST["NoMurid"]))  pada 2 bertujuan untuk memeriksa


                  kandungan medan ‘NoMurid. Sekiranya kandungan medan "NoMurid" adalah kosong, maka pemboleh
                  ubah errNoMurid akan menyimpan perkataan "Sila Masukkan Nombor Murid".
                  Peryataan if (empty($_POST["email"])) pada 2 bertujuan untuk memeriksa kandungan


                  medan ‘email. Sekiranya kandungan medan "email" adalah kosong, maka pemboleh ubah errEmail akan
                  menyimpan perkataan "Sila Masukkan email", jika tidak pernyataan if (!filter_var($email,
                  FILTER_VALIDATE_EMAIL)) pada 3 bertujuan untuk memeriksa sama ada  email  yang


                  dimasukkan mengikut  format yang betul. Sekiranya email yang dimasukkan pada medan email tidak
                  mengikut format yang betul maka pemboleh ubah errEmail akan menyimpan perkataan "Alamat email
                  dimasukkan tidak mengikut format".
                  Kandungan nilai pemboleh ubah errName, errNoMurid, errEmail akan dipaparkan dalam bentuk tulisan
                  berwarna merah seperti yang dinyatakan dalam penyataan
                    <style>
                          .error {color: #FF0000;}
                    </style>
                  Fungsi htmlspecialchars() pada baris 36 dalam atur cara DaftarPelajar.php akan menukarkan abjad - abjad
                  khas yang telah ditetapkan bagi entiti HTML seperti :
                  & kepada &    " kepada "      ' kepada &# 039;
                  < kepada <              > kepada >



                   3.2.7   Membina, Mengemas kini, Membuat Sandaran
                           (Backup) dan Memulihkan Pangkalan Data


                  Dewasa ini, banyak aplikasi menggunakan pangkalan data bagi menyimpan data. Dalam bahagian ini
                  kita akan mempelajari bagaimana untuk:
                  •  membina pangkalan data
                  •  mengemas kini pangkalan data
                  •  membuat sandaran (backup) pangkalan data
                  •  memulihkan (restore) pangkalan data


                  Membina pangkalan data

                  Sebelum kita membina pangkalan data, Web Server Apache dan aplikasi database MySQL hendaklah
                  dilancarkan terlebih dahulu. Kedua-dua aplikasi ini boleh dilancarkan daripada tetingkap  XAMPP
                  Control Panel seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.2.27(a).

 PB                                                                BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 251
   254   255   256   257   258   259   260   261   262   263   264