Page 261 - SK tingkatan 5
P. 261
Untuk membina pangkalan data MySQL, kita akan menggunakan aplikasi yang ada dalam XAMPP
tersebut, iaitu "phpMyAdmin". "phpMyAdmin" ialah aplikasi GUI (Graphical User Interface) untuk MySQL
yang berasaskan web yang akan kita gunakan untuk :
• membina pangkalan data
• mengemas kini pangkalan data
• membuat sandaran (backup)
• memulihkan (restore) pangkalan data
Setelah kita klik pada bahagian "phpMyAdmin", aplikasi ini akan kita gunakan untuk membina
pangkalan data seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2.27(c).
Rajah 3.2.27(c) Membina pangkalan data
Langkah-langkah:
1 Untuk membuat pangkalan data baharu, klik menu Databases pada bahagian kiri atas laman web,
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2.28.
Rajah 3.2.28 Membuat pangkalan data baharu
PB BAB 3 Pengaturcaraan Berasaskan Web 253

