Page 262 - SK tingkatan 5
P. 262
2 Pada bahagian ‘Databases’ ini, kita akan memasukkan nama pangkalan data (katakan "dbPelajar")
yang ingin dibina di dalam ruangan "Create database". Rajah 3.2.29 menunjukkan tempat untuk
memasukkan nama bagi pangkalan data.
utf8_general_ci.
Rajah 3.2.29 Masukkan nama pangkalan data
3 Setelah memberikan nama pangkalan data, pilih ruangan "Collation". Collation mengandungi piawaian
(standard) penyusunan huruf, angka dalam jadual sesuatu pangkalan data. Pilih utf8_general_ci.
4 Klik butang ‘Create’ untuk membina pangkalan data baharu.
Mengemas kini Pangkalan Data
Dari semasa ke semasa kadangkala adanya keperluan untuk kita mengubah atau menambah medan
dalam jadual (table) kita bagi sesuatu Pangkalan Data. Kita boleh melakukan perkara ini dengan
menggunakan "phpMyAdmin". Rajah 3.2.30 menunjukkan paparan skrin untuk melakukan kemas kini
medan dalam jadual.
Yang berikut ialah langkah-langkah untuk menambah atau mengubah medan dalam jadual:
1 Login terlebih dahulu dalam halaman "phpMyAdmin" anda.
2 Klik pangkalan data yang ingin kita kemas kini, katakan pangkalan data tersebut ialah "dbPelajar".
3 Klik menu 'Structure'.
4 Untuk mengubah nama medan, kita klik pada bahagian 'Change' manakala untuk menghapuskan
nama medan, kita klik pada bahagian 'Drop'.
Rajah 3.2.30 Menambah atau mengubah medan dalam jadual
254 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

