Page 275 - SK tingkatan 5
P. 275
3.2.10 Pengesahan Pengguna dan Pengemaskinian Data
dalam Pangkalan Data
Pengesahan pengguna (user verification) merupakan salah satu ciri keselamatan data dalam pangkalan
data yang boleh dicapai oleh pengguna dalam laman web. Kemudahan capaian ini seterusnya akan
membataskan pengguna untuk melakukan sesuatu perubahan ke atas pangkalan data. Sebagai
contoh peringkat pengguna yang berbeza memberikan hak capaian yang berbeza serta aktiviti yang
boleh dilakukan ke atas pangkalan data. Laman web untuk pekerja di sesebuah syarikat hanya
membenarkan pekerjanya yang boleh mencapai pangkalan data tersebut. Untuk membuat laman web
yang dapat mengesahkan pengguna tertentu, kita memerlukan satu jadual dalam pangkalan data yang
menyimpan nama pengguna, serta kata laluan pengguna tersebut.
Bermula dari laman Pengesahan.php seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2.52, pengguna
dikehendaki memasukkan nama pengguna dan katalaluan. Proses pengesahan pengguna akan
dilaksanakan oleh atur cara laman web Sahkan.php seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2.53.
Sekiranya nama pengguna dan katalaluan yang dimasukkan berpadanan dengan rekod yang wujud
di dalam jadual bagi pangkalan data maka laman web seperti dalam Rajah 3.2.54(a) akan paparkan.
Sekiranya tidak, laman web seperti dalam Rajah 3.2.54(b) akan dipaparkan.
Rajah 3.2.52 Paparan laman web Pengesahan.php
<?php
session_start();
$_SESSION['PenggunaSah'] = 0;
$con = mysqli_connect("localhost","root","");
if (!$con)
{
die('Sambungan kepada Pangkalan Data Gagal'.mysqli_connect_error());
}
mysqli_select_db($con,"dbPelajar");
PB BAB 3 Pengaturcaraan Berasaskan Web 267

