Page 277 - SK tingkatan 5
P. 277
Pengemaskinian Data dalam Pangkalan Data
Untuk mengemas kini data dalam pangkalan data, kita memerlukan pencarian rekod yang hendak
dikemaskinikan terlebih dahulu dalam jadual (table) bagi pangkalan data. Rajah 3.2.55 menunjukkan
proses pengemaskinian data dalam pangkalan data. Bermula dari menyenaraikan terlebih dahulu
semua rekod yang ada di dalam jadual, pengguna seterusnya akan memilih rekod yang hendak
dikemaskinikan. Setelah pengguna memilih rekod yang hendak dikemas kini, laman web akan
memaparkan satu rekod yang telah dipilih dan proses pengemaskinian data dalam pangkalan data
akan dilakukan oleh laman web yang seterusnya.
Semua rekod dalam Paparkan 1 Kemas kini data dalam
jadual rekod yang terpilih rekod tersebut
Simpan
Ambil
Pangkalan
Data
Rajah 3.2.55 Proses pengemaskinian data
CONTOH 13
Contoh 13 menunjukkan atur cara dalam laman web Senarai.php yang akan menyenaraikan semua rekod
daripada Jadual bagi pangkalan data. Rajah 3.2.56 menunjukkan atur cara dalam laman web Senarai.php,
manakala paparan outputnya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2.57.
<html>
<head>
<title>Senarai Maklumat Murid</title>
</head>
<body>
<p>Senarai Maklumat Murid</p>
<?php
$con = mysqli_connect("localhost","root","");
if (!$con)
{
die('Sambungan kepada Pangkalan Data Gagal'.mysqli_connect_error());
}
mysqli_select_db($con,"dbPelajar");
PB BAB 3 Pengaturcaraan Berasaskan Web 269

