Page 319 - SK tingkatan 5
P. 319

Sintaks yang berikut menunjukkan gambar atau imej yang boleh
                  disimpan di dalam tempat yang berlainan dengan dokumen HTML tetapi
                  perlu mencapai imej dengan mengetahui path atau direktori imej tersebut.

                       body                                                           Background-image
                       {                                                              goo.gl/qyV5LB
                           background-image: url(“D:/web/gambar.jpg”);
                       }




                   CONTOH        14

                  Contoh 14 menunjukkan latar belakang dokumen HTML (laman web) boleh diwakili oleh suatu imej yang
                  diperoleh daripada fail “bandar.jpg” yang disimpan dalam satu direktori lain, iaitu "D:web/". Atur cara
                  HTML, CSS dan output ditunjukkan dalam Rajah 3.3.55.

                     <html>
                       <head>
                         <title>Latar belakang Imej</title>
                        <style>
                             body
                             {
                                background-image: url(“D:/web/bandar.jpg”);  2
                             }
                        </style>
                       </head>
                       <body>
                         <h1>Laman Web Sekolah</h1>  1
                       </body>
                     </html>
                     Output:



















                                 Rajah 3.3.55  Contoh HTML, CSS dan Output (imej yang disimpan di tempat yang lain)
                  Penerangan:
                   1   Terdapat heading <h1>.
                   2    Imej  yang  disimpan  di  direktori  yang  lain,  iaitu  daripada  “D:/web/bandar.jpg”  menjadi  latar
                      belakang laman web.


                                                                   BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 311
   314   315   316   317   318   319   320   321   322   323   324