Page 322 - SK tingkatan 5
P. 322
Output:
Rajah 3.3.57 Contoh HTML, CSS dan Output (border table)
Penerangan:
1 Terdapat <table> pada laman web.
2 <table> mempunyai garis luar dengan ketetapan CSS jenis garisan solid dan ketebalan sebanyak
1px.
Begitu juga dengan header dan data pada jadual yang setiap bahagiannya akan diletakkan border
masing-masing. Ketebalan garisan atau border ditunjukkan melalui 1px, iaitu ketebalan sebanyak
1 piksel. Murid boleh menebalkannya lagi dengan menambah nombor seperti 3px.
Sintaks yang berikut menggunakan jenis garisan solid.
table, th, td
{
border: 1px solid;
}
Terdapat beberapa jenis garisan, iaitu Solid, Dotted, Dashed, Inset dan Outset seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 3.3.58.
Nama garisan Garisan
Solid
Dotted
Dashed
Inset
Outset
Rajah 3.3.58 Jenis garisan
314 Sains Komputer Tingkatan 5

