Page 321 - SK tingkatan 5
P. 321
Membina Laman Web HTML yang Mengandungi CSS untuk
Memberikan Gaya kepada Tables
Sebelum ini, murid telah mempelajari bagaimana untuk menghasilkan jadual atau dikenali sebagai table
dalam suatu dokumen HTML. Table terdiri daripada “<tr>” , “<th>” dan “<td>” iaitu merujuk
setiap baris dalam table (row), kepala jadual (header) dan item jadual (data). Terdapat beberapa gaya
yang boleh ditambah kepada table. Antaranya ialah:
• Meletakkan garisan luar atau border
Dalam sintaks yang berikut, seluruh table akan ditambah garisan luar atau border.
table
{
border: 1px solid;
}
CONTOH 16
Contoh 16 menunjukkan jadual (table) yang terdapat dalam dokumen HTML (laman web) ditambah garis
luar (border). Atur cara HTML, CSS dan output ditunjukkan dalam Rajah 3.3.57.
<html>
<head>
<title>Gaya Jadual</title>
<style>
table
{
border: 1px solid; 2
}
</style>
</head>
<body>
<h1>Laman Web Sekolah</h1>
<table>
<tr>
<th>KANDUNGAN LAMAN WEB</th>
</tr>
<tr>
<td>Pengenalan Sekolah</td> 1
</tr>
<tr>
<td>Senarai Guru</td>
</tr>
</table>
</body>
</html>
BAB 3 Pengaturcaraan Berasaskan Web 313

