Page 339 - SK tingkatan 5
P. 339

3.3.5   Membina Laman Web Pengguna yang Interaktif,
                           yang Mengandungi Fitur Pengesahan Data,
                           Butang Pilihan dan Kotak Popup


                  Laman web pengguna interaktif ialah suatu halaman web yang membenarkan pengunjung laman
                  web berinteraksi dengan kandungan dalam laman web. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah
                  seperti memberikan komen atau meninggalkan nombor untuk dihubungi dalam borang yang disediakan
                  di dalam laman web.

                     Aktiviti lain yang boleh dilaksanakan adalah seperti pengesahan data pada borang, membuat pilihan
                  daripada pelbagai butang pilihan dan bertindak balas terhadap kotak popup atau kotak dialog yang
                  terdapat dalam suatu laman web.
                     Topik ini akan menerangkan dan menunjukkan bagaimana bahasa penskripan klien, iaitu JavaScript
                  dapat menerima pelaksanaan interaksi dengan laman web dan memproses permintaan pada peringkat
                  pengguna.


                  Pembinaan Laman Web Pengguna yang Interaktif yang
                  Mengandungi Fitur Pengesahan Data

                  Dalam suatu laman web, data dapat disahkan pada borang atau medan yang disediakan. Contohnya,
                  data untuk nama, alamat dan nombor pengenalan.




                   CONTOH        29

                  Contoh 29 menunjukkan atur cara yang akan menyemak sama ada data dalam medan teks telah dimasukkan
                  sebelum  menekan  butang  “Pengesahan  Nama”.  Atur  cara  HTML,  CSS  dan  output  ditunjukkan  dalam
                  Rajah 3.3.72.

                    <html>
                      <body>
                        Nama Anda:
                        <input id="n1">  1
                        <button type="button" onclick="semakData()">Pengesahan Nama</button>  2
                        <script>
                           function semakData()  3
                           {
                               var teksnama;
                               teksnama = document.getElementById("n1").value;  4
                               if (teksnama==" ")
                               {
                                 window.alert("Sila masukkan nama anda");  5
                               }
                           }
                        </script>
                      </body>
                    </html>


                                                                   BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 331
   334   335   336   337   338   339   340   341   342   343   344