Page 83 - SK tingkatan 5
P. 83

Jadual 2.1.8  Jadual BARANG bentuk pertama (1NF)
                  BARANG

                   NoBarang NamaBarang Kuantiti HargaSeunit NamaPembekal  Alamat  IDMurid NamaMurid  Kelas  TarikhPinjam TarikhPulang


                     A01   Bola Sepak  10  30.50   Angsa Maju  Alor Setar  M1000  Lim  1 Merah  02/7/2017  02/7/2017

                     A02   Bola Jaring  5  15.30   Setia Sukan  Shah Alam M1000  Lim  1 Merah  02/7/2017  02/7/2017


                     A03   Bola Hoki  10   20.00   Indah Sukan  Kuching  M2000  Elisa  4 Biru  07/7/2017  07/7/2017

                     A05    Baton   20     10.30   Setia Sukan  Shah Alam M3000  Devi  3 Ungu  09/8/2017  12/8/2017



                  Bentuk Penormalan Kedua (2NF)

                  Hubungan data adalah dalam bentuk normal kedua jika kriteria yang   Tahukah
                  berikut telah dipenuhi:                                                 Anda

                  •  Jadual adalah dalam bentuk normal pertama
                                                                                      Langkah-langkah
                  •  Semua  atribut  bukan  kunci  bergantung  sepenuhnya  dengan  atribut   untuk membentuk
                     kunci                                                            penormalan kedua:
                                                                                      ✓  Periksa jadual yang
                  Jika ada atribut bukan kunci yang hanya bergantung pada salah satu    mempunyai kunci
                  daripada atribut kunci, maka hubungan tersebut dikatakan mempunyai    calon
                  kebergantungan separa. Contoh: Jadual BARANG dalam Jadual 2.1.8     ✓  Bagi setiap kunci
                  mempunyai dua kunci primer (dikenali sebagai kunci calon), iaitu NoBarang   bukan atribut,
                                                                                        pastikan jika kunci
                  dan IDMurid.  Akan tetapi, atribut NamaBarang, Kuantiti, HargaSeunit,   tersebut bahagian
                  NamaPembekal dan Alamat hanya bergantung pada NoBarang dan atribut    pertama atau
                  NamaMurid dan Kelas hanya bergantung pada IDMurid. Hanya atribut      bahagian kedua
                  TarikhPinjam dan TarikhPulang bergantung pada kedua-dua kunci, iaitu   ✓  Hapuskan kunci
                  NoBarang dan IDMurid. Penyelesaiannya, kita perlu cipta jadual baharu   separa dan
                  untuk mewakili TarikhPinjam dan TarikhPulang.                         kebergantungannya
                                                                                        untuk membentuk
                                                                                        jadual yang baharu
                               Jadual 2.1.9  Jadual BARANG bentuk normal kedua (2NF)
                  BARANG
                    NoBarang  NamaBarang  Kuantiti  HargaSeunit  NamaPembekal  Alamat

                  PINJAMAN

                     NoBarang    IDMurid   TarikhPinjam  TarikhPulang

                  MURID
                      IDMurid   NamaMurid    Kelas




                                                                         BAB 2  Pangkalan Data Lanjutan 75
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88