Page 84 - SK tingkatan 5
P. 84

Bentuk Penormalan Ketiga (3NF)
                                         Satu hubungan berada dalam bentuk normal ketiga jika memenuhi kriteria
                                         berikut:

                 Third Normal Form       •  Jadual berada dalam bentuk normal kedua
                 goo.gl/mUVyTz
                                         •  Tidak wujud kebergantungan transitif
                                         Kebergantungan transitif bermaksud wujudnya kebergantungan antara
                                         atribut bukan kunci. Contoh: Jadual 2.1.9 menunjukkan jadual BARANG
                                         yang berada dalam bentuk normal kedua dan terdapat kebergantungan
                                         transitif, iaitu atribut Alamat bergantung kepada atribut NamaPembekal
                                         dan kedua-duanya adalah atribut bukan kunci. Oleh sebab itu, kedua-
                 Third Normal Form
                 goo.gl/g1p1GG           dua atribut ini perlu dipisahkan daripada jadual BARANG. Penyelesaian
                                         kepada masalah kebergantungan transitif dilakukan dengan mencipta
                                         jadual baharu bagi atribut bukan kunci yang saling bergantung seperti
                                         dalam Jadual 2.1.10.
                           Uji Minda

                                                     Jadual 2.1.10  Jadual BARANG bentuk normal ketiga (3NF)
                 Nyatakan perbezaan
                 antara kebergantungan   BARANG
                 separa dengan
                 kebergantungan             NoBarang   NamaBarang   Kuantiti   HargaSeunit  NamaPembekal
                 transitif.
                                         PINJAMAN
                                           NoBarang   IDMurid   TarikhPinjam  TarikhPulang

                                         MURID
                                            IDMurid   NamaMurid    Kelas

                                         PEMBEKAL
                 Fifth Normal Form
                 goo.gl/g1p1GG             NamaPembekal    Alamat

                 Tahukah
                     Anda                 AKTIVITI 2              Kerja kumpulan


                 Bentuk penormalan                                Menghasilkan Skema Hubungan Ternormal
                 tidak terhad sehingga    Lakukan lawatan ke salah satu persekitaran yang berikut:
                 bentuk penormalan            •  Kedai buku      •  Pasar raya       •  Perpustakaan
                 ketiga (3NF)
                 sahaja, tetapi boleh     Perhatikan  bagaimana  transaksi  berlaku  di  setiap  persekitaran  di  atas.
                 merangkumi bentuk        dapatkan  dokumen  asas  seperti  slip  jualan,  invois  pelanggan  dan  slip
                 pernormalan keempat      pinjaman buku. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam dokumen ini,
                 dan juga kelima. Anda    sediakan perkara-perkara yang berikut:
                 boleh mengetahuinya
                 dengan lebih lanjut      1  Senaraikan nama atribut yang terdapat pada setiap dokumen tersebut.
                 dengan melayari          2  Senaraikan kebersandaran fungsi antara atribut bagi setiap dokumen.
                 goo.gl/RfBxnm.
                                          3  Lukis skema hubungan bagi setiap dokumen.


                  76   Sains Komputer Tingkatan 5
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89