Page 25 - PELAPORAN SEMINAR i-IMATEC
P. 25
PENGENALAN
Tujuan utama Program Seminar Digital Hot Trends dilaksanakan adalah
sebagai satu landasan perkongsian ilmu dan kemahiran mengenai trend dan
teknologi digital semasa di antara kerajaan dan sektor swasta.
OBJEKTIF PROGRAM
Di antara Objektif program ini diadakan ialah untuk:-
c. Menyebarluaskan kefahaman mengenai digital trends di kalangan
pegawai sektor awam ke arah pencapaian Kerajaan Digital dalam
usaha memacu Negara menjadi sebuah ekonomi digital yang maju
menjelang 2020;
d. Memberikan inspirasi kepada pegawai sektor awam menempuh
cabaran Kerajaan Digital dalam perancangan serta pelaksanaan
pembangunan negara yang strategik selaras dengan RMKe-11; dan
e. Menyediakan platform kolaborasi antara sektor awam dan swasta
dalam perkongsian idea dan pengalaman bagi menjajarkan halatuju
ICT negara dalam menyokong agenda transformasi digital Kerajaan
KATA ALU-ALUAN KETUA KLUSTER
Dalam ucapan alu-aluan oleh YBrs Puan Haizan binti Yusoff, Ketua Kluster,
Kluster Inovasi Teknologi Pengurusan (i-IMATEC), Institut Tadbiran Awam
Negara (INTAN) memaklumkan bahawa tajuk ceramah pada hari ini adalah
“Digital Business Transformation” dengan topik Successful Strategies of Digital
Transformation through Capabilities Innovations. Beliau berharap pengetahuan
daripada seminar ini dapat digunakan oleh semua peserta untuk memastikan
tiada pemisahan di antara bisnes dan strategi-strategi teknologi ICT. Justeru,
adalah diharapkan agar agensi kerajaan dapat menghubungkan dan
menyepadukan kedua-dua perancangan strategik bisnes dan strategi teknologi
supaya transformasi ke arah kerajaan digital dapat dilaksanakan secara
berterusan. Ini dapat dilakukan melalui amalan Enterprise Architecture (EA)
yang berperanan sebagai pelantar strategik dalam konteks evolusi dan
10

