Page 26 - PELAPORAN SEMINAR i-IMATEC
P. 26
transformasi e-Kerajaan kepada Kerajaan Digital bagi memenuhi keperluan
perubahan persekitaran perkhidmatan digital kepada rakyat. Perubahan ini
mencakupi perubahan terhadap visi, misi, objektif, strategi, proses bisnes serta
penjawat awam dan hubungkaitnya dengan perubahan data dan maklumat
kerajaan, aplikasi dan teknologi.
Menurut beliau lagi, melalui pembudayaan dan amalan EA di Sektor Awam,
sesebuah organisasi dapat menilai kekuatan dan batasan landskap bisnes dan
teknologi yang sedia ada. Seterusnya dapat menyokong kecekapan,
produktiviti dan inovasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi tujuan
mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Seterusnya beliau menekankan bagi melaksanakan amalan terbaik EA ini,
agensi di sektor awam perlu menggunakan metodologi 1GovEA yang
menyediakan panduan lengkap bagi pelaksanaan EA di peringkat agensi.
1GovEA memberikan definisi baru bagi sektor awam menghadapi cabaran
meliputi aspek bisnes semasa dan persekitaran teknikal dalam sesebuah
organisasi.
SESI PERKONGSIAN PENCERAMAH JEMPUTAN
Dalam sesi ceramah oleh Encik Hasan Ganny, Chairman of Association of
Enterprise Architect (AEA) Malaysia Chapter yang bertajuk Digital
Business Transformation: Successful Strategies of Digital
Transformation through Capabilities Innovations, penceramah telah
berkongsi tujuh(7) langkah kearah Transformasi Digital iaitu:-
i. Digital Capabilities & Digital Reference Architecture - Build digital skills
competency, Equip your enterprise with digital reference architecture and
setting up of the EA tools
ii. Digital Vision & Readiness Assessment - Conduct an assessment of your
current practice and its driver, goals, needs, and people and technical
readiness
iii. Digital Architecture & Business Requirements - As-Is and To-Be Domain
Architectures are defined starting from Business & Information views,
followed by Application and Technology views
11

