Page 5 - 1. TAKWIM 2018 & PROFESION (ms 1 - 46)
P. 5

MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 2018 - KJBS



               SEJARAH SEKOLAH
                       Latar Belakang Sekolah Kebangsaan La Salle 1 Jinjang
               Sekolah Kebangsaan La Salle 1 Jinjang, Kuala Lumpur telah mula dibina pada awal tahun
               1952 oleh Penganjur Dakwah Agama Kristian atau Cristian Missionary Brothers. Pada mulanya
               sekolah  ini  merupakan  salah  satu  sekolah  persendirian  kelolaan  Badan  Penganjur  Agama
               Khatolik di Malaysia. Ianya telah ditubuhkan atas daya usaha Rev. Father Bellet dari Gereja
               St. Anthony. Pada mulanya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Inggeris Jinjang atau Jinjang
               English School. Sekolah ini pada asalnya hanya mempunyai lima buah kelas sahaja.
               Pada  tahun  1957.  Pentadbir  sekolah  ini  iaitu  Father  Grand  telah  mencadangkan  kepada
               Brother Lawrence (Brother Director St. John) supaya sekolah ini dikelolakan dibawah jagaan St.
               John. Cadangan ini telah dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) dan (JPS)
               telah bersetuju. Pada 6 Januari 1958, nama sekolah ini telah diubah kepada Sekolah Rendah
               Kebangsaan La Salle Jinjang Utara. Sekolah ini dibawah kelolaan Sekolah St. John. Brother
               Finan telah dilantik menjadi guru besarnya. Pada tahun 1968 guru besar baru iaitu Brother
               Raphael  menerima  sumbangan  daripada  kerajaan  Jerman  sebanyak  RM  50,000  untuk
               membina bangunan yang baru. Pada tahun 1971 SRK La Salle Jinjang telah dibahagi kepada
               dua pentadbiran berbeza yang berkongsi satu bangunan iaitu SK La Salle 1 Jinjang dan SK
               La Salle 2 Jinjang, Kuala Lumpur.

                                  Jadual: Senarai Nama Guru Besar SK La Salle 1 Jinjang
                 No                 Nama Guru Besar                           Perkhidmatan
                 1     Hj Ilyas bin Hj Musa                                    1989-1994
                 2     Hj Genger bin Suparto                                   1994-1995
                 3.    Pn Sharifah Hashimah bt Syed Haron                      1990-2000
                 4.    En Ponnusamy a/l Kolandan                               2000-2003
                 5.    Pn Hajah Ruslin                                       Feb – Mei 2003
                 6.    Hj Abdul Rahman b Hj Abu Bakar                          2004-2011
                 7.    Hjh Sapinah bt Hj Darmo                                 2011-2013
                 8.    Pn Susila a/p Gopal                                     2013-2015
                 9.    En. Kasniza Jumari bin Shamsir                        Nov 2015 - Kini














                                        Gambar: Sekolah SK LA SALLE 1 JINJANG







                                                                                                             4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10