Page 8 - 1. TAKWIM 2018 & PROFESION (ms 1 - 46)
P. 8

MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 2018 - KJBS



               COGAN KATA DAN MOTTO SEKOLAH


                            Fides Et Opera


               OBJEKTIF SEKOLAH

                    a.  Meningkatkan pemahaman segenap lapisan warga sekolah terhadap peranan dan
                        tanggungjawab kepada sekolah dan persekitarannya.

                    b.  Mempergiatkan pemuliharaan infrastruktur fizikal sekolah untuk menjadikan sekolah
                        lebih  ceria,  bersih,  selamat,  selesa  dan  kondusif  untuk  melaksanakan  proses
                        pengajaran dan pembelajaran.

                    c.  Mempergiatkan  budaya  mesra,  berhemah,  bekerjasama  dan  saling  hormat-
                        menghormati tanpa batasan kaum, pegangan agama dan budaya.

                    d.  Melahirkan suasana riang dan ceria semasa menjalankan tugas serta menimbulkan
                        rasa sayang akan sekolah dan organisasi.

                    e.  Membudayakan amalan berhemah dalam merancang perbelanjaan, sentiasa tulus,
                        telus, bersih dan cekap dalam pengurusan kewangan.


                    f.  Meningkatkan kompetensi guru-guru dalam ilmu Bahasa Inggeris dan kemahiran TMK
                        (ICT).

                    g.  Mempergiatkan langkah-langkah ke arah ‘Pembestarian Sekolah’ demi mendekatkan
                        murid  dengan  TMK  secara  terkawal  dan  bertanggungjawab,  menjurus  kepada
                        peningkatan kemahiran PdP.

                    h.  Mengekalkan perhubungan akrab dengan ibu bapa, bekas murid, jabatan dan institusi
                        pendidikan berhampiran dan masyarakat setempat.



               MATLAMAT SEKOLAH

                   a.  Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersepadu
                   b.  Melahirkan  insan  yang  beriman,  berakhlak  mulia,  berilmu,  berketrampilan  dan

                       sejahtera
                   c.  Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
                   d.  Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia












                                                                                                               7
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13