Page 9 - 1. TAKWIM 2018 & PROFESION (ms 1 - 46)
P. 9
MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 2018 - KJBS
FALSAFAH DAN NILAI
Sekolah Kebangsaan La Salle 1 Jinjang menggunakan sepenuhnya Falsafah Pendidikan
Kebangsaan sebagai panduan dalam pengurusan sekolah serta pelaksanaan ketiga-tiga
bidang utama di sekolah ini iaitu Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Sekolah Kebangsaan La Salle (1) Jinjang, bersedia memberikan
perkhidmatan yang mesra dan saksama kepada semua murid, kakitangan
sekolah dan masyarakat serta:
a. Memastikan tuan/puan mendapat layanan perkhidmatan kaunter dalam tempoh
masa 10 minit.
b. Berasa selesa dan berpuas hati dengan kemudahan dan perkhidmatan yang
disediakan semasa berurusan dengan kami.
c. Dibantu untuk mendapatkan maklumat yang lengkap dari pegawai dan kakitangan
kami bagi urusan Perkhidmatan di pejabat ini.
d. Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari
pertama sesi persekolahan bermula.
e. Memastikan semua murid
diberikan didikan seimbang dari segi fizikal, rohani dan mental.
f. Melahirkan murid yang boleh menguasai 3M, berilmu, beriman dan beramal soleh.
g. Menyediakan kemudahan peralatan dan bahan sokongan pengajaran dan
pembelajaran
h. untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik, sihat dan kondusif
8

