Page 2 - HARI GURU KOTA SETAR KIRA KIRA_
P. 2

TEMA HARI GURU 2021 :


                       BERGURU DEMI ILMU , BINA GENERASI BAHARU






                  Huraian Tema

                  1.  Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan
                      profesionalisme  bagi  membina  generasi  baharu  negara  yang  dapat

                      memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupa-
                      kan  insan  yang  sentiasa  dahagakan  ilmu  dan  tidak  jemu  memper-
                      lengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai se-
                      jajar  dengan  prinsip  pembelajaran  sepanjang  hayat  (lifelong  learn-
                      ing).Dalam  konteks  berguru,  ilmu  hendaklah  diperoleh  daripada
                      seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik

                      serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa. Murid per-
                      lu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di
                      dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang
                      banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang
                  2.  Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada
                      berpenghujung,  selagi  mana  seseorang  itu  masih  menikmati  ke-
                      hidupan di dunia ini. Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk
                      mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman ter-

                      hadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu.
                      Ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan
                      mereka produk serta perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepa-
                      da masyarakat dan negara.
                  3.  Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hada-
                      pan negara. Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru menanam
                      dalam  jiwa  muridnya  akan  kecintaan  dan  dahaga  kepada  ilmu.

                      Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang
                      lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan
                  4.  KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu’
                      ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan se-
                      terusnya  membentuk  masyarakat  yang  menuntut  iimu  dengan  niat
                      ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari







                             SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021
                     2
                    2


         2
   1   2   3   4   5   6   7