Page 5 - HARI GURU KOTA SETAR KIRA KIRA_
P. 5

KATA ALU—ALUAN
                                         PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH




                                         Bismillahirrahmanirrahim.
                                           Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
                                          Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan izin dan
                                         limpah kurnia-Nya, kita dapat  menyambut Hari Guru sebagai tanda pengiktirafan yang
                                         tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru sekalian.  Seperti biasa, tarikh
                                         keramat ini datang lagi bagi memenuhi ruang pada kalendar seorang pendidik dan  se-
                                         terusnya tarikh ini dimasyhurkan sebagai Hari Guru di Malaysia. Selamat Menyambut Hari
                                         Guru, terima kasih cikgu. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
                                         semua warga pendidik  terhadap komitmen, keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi yang
                                         ditunjukkan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab . Jasa dan pengorbanan guru
                                         serta  seluruh  warga  pendidikan  terhadap    pembangunan  pendidikan  negara  sentiasa
                                         relevan dan dihargai walau dalam apa-apa jua situasi.
                 Tambahan pula, kita berada dalam situasi ‘Norma Baharu’ dengan kekangan pandemik Covid-19, tidak menghalang kita
                 untuk  merancang  sambutan  Hari  Guru  dengan  mengambil  inisiatif  meraikan  hari  istimewa  ini  secara  maya  melalui
                 platform youtube dan facebook.
                        Alhamdulillah  pencapaian  peperiksaan    SPM  2020  negeri  Kedah  amat  membanggakan  dan  memberang-
                 sangkan.Tahniah diucapkan kepada para guru atas sumbangan ke arah kemenjadian murid dengan peningkatan SPM 2020
                 PPD Kota Setar GP 4.72, seterusnya membantu peningkatan GPN kepada 4.95. Pencapaian GPN meningkat daripada 5.02
                 (2019) kepada 4.95 (2020). Peningkatan sebanyak 0.07. Manakala, peratus calon layak sijil juga meningkat iaitu 85.10%
                 (2019) kepada 87.82% (2020). Hal Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.72%.Tahniah dan terima kasih semua Pegawai
                 PPD, Pengetua-pengetua,  guru-guru , ibu bapa dan semua warga pendidikan Kedah serta pihak-pihak yang membantu
                 kejayaan ini. Sesungguhnya peningkatan cemerlang ini adalah kejayaan pendidikan negeri Kedah dan hasil daya usaha kita
                 bersama-sama.
                        Pada hemat saya, tema hari guru pada tahun ini ialah “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” amat
                 bertepatan kerana tema ini memberi penekanan terhadap peranan penting guru dalam memperkasa ilmu pengetahuan
                 dan membina generasi baharu seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, pada tahun ini suasana sambutan
                 Hari Guru jauh berbeza. Hal Ini kerana, kita masih lagi berusaha mengekang penularan wabak Covid-19. Walau bagaimana-
                 pun, ini tidak bermakna hari istimewa untuk guru tidak dapat diraikan. Sumbangan, jasa, bakti dan pengorbanan para guru
                 selama ini tidak akan pernah dilupakan, bahkan akan terus dihargai dan tetap subur dalam hati sanubari kita semua
                        Saya juga berharap dengan keseimbangan ilmu dan akhlak dalam pendidikan akan melahirkan generasi masa
                 depan yang peka dengan perubahan landskap Pendidikan Abad ke-21. Sehubungan dengan itu, warga guru perlu memasti-
                 kan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru berpusatkan murid. Tumpuan perlu diberikan pada pengaplikasian kema-
                 hiran berfikir aras tinggi iaitu kemahiran berfikir secara kritis, analitis dan kreatif, selain kemahiran komunikasi dan kolabo-
                 ratif serta penerapan nilai murni dan etika yang menjadi kemahiran penting dalam pendidikan abad ke-21.

                        Akhir  kata, saya  mengucapkan  ribuan  terima  kasih  atas  komitmen dan  pengorbanan  yang  dicurahkan  oleh
                 warga pendidik sekalian. Marilah kita berdoa   semoga   matlamat   kerajaan   untuk   membina   negara   bangsa  terlaksa-
                 na dengan sempurna melalui pendidikan berkualiti. Sama-samalah kita  melahirkan  lebih  ramai  insan  yang berilmu dan
                 berketerampilan  yang berjaya mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya,  warga    pendidik
                 mempunyai kedudukan mulia dan istimewa yang tersendiri  dalam  masyarakat,  disegani dan sentiasa dipandang tinggi.

                 "Teruskan hasrat KEBERSAMAAN MEMACU PENDIDIKAN NEGERI KEDAH "

                 Selamat Menyambut Hari Guru.
                 Terima kasih cikgu!  Wabillahi     taufik     walhidayah,     wassalamualaikum     warahmatullahi  Wabarakatuh

                 HAJI ROZAINI BIN AHMAD, A.M.K, B.C.K
                 PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH



                             SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021
                     3
                    5


         5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10