Page 6 - HARI GURU KOTA SETAR KIRA KIRA_
P. 6

KATA ALU—ALUAN
                                         PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH






                                                 Assalamualaikum  Warahmatullahi  Wabarakatuh,  Salam  Sejahtera,
                                                 Salam KS Number One Malaysia.
                                                 Bismillahirrahmanirrahim…

                                                       Alhamdulillah  bersyukur  kehadrat-Nya  keranan  dapat  kita
                                                 bertemu  kembali  pada  hari yang  amat  bernilai  bagi  seorang  guru.
                                                 “Berguru  Demi  Ilmu,Bina  Generasi  Baharu”  merupakan  tema  yang
                                                 jelas  ditujukan  kepada  para  pendidik  dalam  melayari  bidang  pen-

                                                 didikan  yang  mencabar.  Guru  memainkan  peranan  yang  penting
                                                 dalam  memperkasakan  ilmu  pengetahuan  dan  profesinalisme  bagi
                                                 membina  generasi  baharu  selaras  dengan  matlamat  Falsafah  Pen-
                                                 didikan Kebangsaan.
                            Guru merupakan agen perubahan dalam pendidikan. Perubahan yang kreatif dan inovasi perlu
                     dijadikan tunggak dalam pendidikan bagi mencetus ilmu bertaraf dunia dalam kalangan pelajar. Malah
                     pendidik juga perlu mengaplikasikan kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi men-
                     capai hasil yang terbaik. Keterampilan guru yang tinggi dari segi personaliti , pemikiran luas dan strate-
                     gik akan mampu meletuskan ledakan ilmu yang diterapkan.
                            Oleh yang demikian, saya menyeru kepada warga pendidik agar berfikiran kreatif, kritis dan
                     inovatif sebagai penggerak intelek yang mampu menghasilkan kualiti yang gemilang dan memperku-
                     kuhkan amalan terbaik dalam pendidikan.
                            Akhir kata, saya merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada para guru atas segala
                     pengorbanan yang dilakukan selama ini. Sesungguhnya guru adalah profesion yang mulia di sisi Allah
                     SWT kerana guru mewarisi tugas para rasul dan anbia.

                     Sekian,terima Kasih.

                     HAJI ISHAK BIN ZULKIFLI,
                     Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar,
                     Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar.





















                             SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021
                     3
                    6


         6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11