Page 114 - e Prosiding Serai 2021
P. 114
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
1. Dalam mengharungi keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini seseorang
itu patut bekerja di sesuatu tempat dengan penuh dedikasi dan jangan sesuka hati mencari
kerja lain oleh sebab ........................................................
2. Soon membuat kerja sementara terlebih dahulu sementara menunggu keputusan
peperiksaannya persis kata peribahasa ..........................................
3. Mahaguru itu mengajarkan semua ilmu yang dikuasainya kepada para penuntutnya
lantaran beliau sedar bahawa ......................................................
4. Seseorang itu hendaklah menjaga budi bahasa dan pertuturan tidak kira di mana-mana
sahaja seseorang itu berada kerana ....................................................
5. Majikan yang memecat pemuda itu dapat diumpamakan seperti
..................................................... kerana kesalahannya yang kecil jika dibandingkan dengan
jasanya selama ini.
6. Perbuatan Ali seperti kata peribahasa .................................................................. kerana
lelaki yang ditolongnya telah mencuri dompetnya ketika dia mandi.
7. Mereka yang bersikap ........……………………… telah mencemarkan sungai.
8. …………………………………… Sehubungan dengan itu , kita perlulah berfikir
dengan rasional sebelum mengambil sesuatu tindakan supaya tidak menyesal.
9. Modus operandi yang dilaksanakan perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh
dan bukan sekadar ……………………………………………………........
10. Rakyat Malaysia hendaklah bersatu dalam merealisasikan aspirasi negara seperti yang
terungkap dalam peribahasa …………………………
Latihan Karangan Respons Terbuka : Domain Keluarga
Keluarga yang harmoni merupakan penyumbang dominan terhadap kecemerlangan anak-
anak. Tulis pendapat anda tentang pernyataan di atas.
Isu :
Kehendak Soalan :
Format / kata kunci :
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 96

