Page 112 - e Prosiding Serai 2021
P. 112
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mencurah air ke daun keladi. [ ] Secara literalnya, lumba haram atau lebih dikenali sebagai
“Mat Rempit” sering menjadi hiasan dada-dada akhbar arus perdana kini.[ ] Persoalannya,
apakah faktor tolakan dan tarikan yang menyebabkan senario yang menjadi duri dalam daging
ini berlaku? [ ]
KAEDAH MEMBINA PERENGGAN ISI KARANGAN – KAEDAH 1 + 2 + 2 + 1
ISI POKOK / HURAIAN BUKTI / KESIMPULAN KECIL
ISI UTAMA CONTOH
(Mengapa / Bagaimana / Peribahasa)
Contoh Perenggan Isi Kaedah 1 + 2 + 2 + 1 - Faedah Program Perkhemahan Badan Unit
Beruniform
Faedah signifikan sekiranya para pelajar menyertai program perkhemahan badan unit
beruniform ialah mereka dapat memperoleh pengalaman yang sukar diperoleh di tempat lain.
[ ] Mengapakah dikatakan begitu? [ ] Hal ini kerana para pelajar yang menyertai program
ini sudah tentu akan memperoleh pengalaman melalui proses bina diri dan bercampur dengan
pelbagai pelajar yang berlainan latar belakang. [ ] Pada masa yang sama, program tersebut
akan mendedahkan para pelajar kepada cabaran yang lebih mencabar dengan membawa
mereka keluar daripada keadaaan selesa di rumah dan diletakkan dalam situasi yang
memerlukan peserta berkongsi kemudahan dan berjauhan daripada keluarga. [ ] Latihan
itu juga bertujuan untuk membina kekuatan dan meningkatkan keyakinan dalam kalangan
generasi muda yang bakal mewarisi kepemimpinan negara oleh sebab pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. [ ] Hal ini terbukti apabila Menteri Pendidikan mengatakan
bahawa program perkhemahan badan unit beruniform seperti yang dianjurkan oleh Pengakap
mampu melahirkan generasi muda negara yang bakal menjadi pemimpin pada suatu hari
kelak tidak akan mudah dipengaruhi oleh anasir luar. [ ] Sudah terang masakan bersuluh
lagi, para pelajar wajar mengambil kesempatan menimba pengalaman baru sebelum
menceburi alam kehidupan yang mencabar dengan mengikuti program ini kerana hanya
jauhari yang mengenal manikam.[ ]
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 94

