Page 116 - e Prosiding Serai 2021
P. 116
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGGUNAAN PERIBAHASA / UNGKAPAN / KOSA KATA DALAM KARANGAN
DIMENSI KELUARGA
1. Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya
kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya,
pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.
2. Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan
anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa; anak kera di hutan
disusukan, anak di rumah mati kelaparan
3. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah
sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti
ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.
4. Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa
mereka persiskata orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa merupakan
tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak.
5. Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-
nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering
melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak
bagai virus epidemik
6. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untuk
membezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Institusi
keluarga merupakan uslub yang represif dalam membentuk keperibadian anak-anak.
7. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap bagai
melepaskan batuk di tangga.
8. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu mereka
akan menjadi sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata mutiara pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara
9. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk
mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi
memastikan para remaja tidak terlibat dalam kemelut sosial
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 98

