Page 1208 - e Prosiding Serai 2021
P. 1208
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
masa yang sama membuat mereka belajar Setakat ini yang tidak hadir tidak melebihi 10
orang. Lebih daripada separuh hadir kelas PdPR yang dilakukan (R3).
Cabaran dalam Melaksanakan PdPR
Terdapat banyak cabaran sepanjang pelaksanaan PdPR seperti tiada kemudahan peranti,
tiada data, berkongsi telefon dan banyak lagi. Cabaran paling utama adalah bagi murid yang
mempunyai kemudahan peranti tetapi tidak mengikuti kelas PdPR.
…Kelas dijalankan dengan baik. Tetapi, kadang-kadang kami ada masalah untuk belajar
secara dalam talian. Saya juga menghadapi masalah menyertai kelas PdPR kerana terpaksa
menjaga adik disebabkan ibu bapa saya keluar bekerja dan juga berkongsi peranti bersama
adik-beradik semasa PdPR berlangsung. Saya memang tak dapat mengikuti kelas
sepenuhnya. Walau bagaimanapun, cikgu di sekolah sangat memahami masalah yang saya
hadapi. Penggunaan video dari you tube merupakan satu langkah efektif kerana murid perlu
mencari maklumat sendiri. Hal ini demikian, murid mengingat sesebuah maklumat atau info
dengan lebih mendalam. (R1)
…Saya lebih ‘prefer’ belajar bersemuka kerana kita lebih senang fokus semasa belajar dan
tiada sebarang gangguan. Kemudian, bila guru memberikan tugasan, murid dapat
menyempurnakan tugasan dengan masa yang ditetapkan. Susah semestinya hal ini dapat
menerapkan sifat berdisiplin terhadap murid. Masalah…. Kalau subjek masa pertama, saya
selalu terlajak tidur. (R2)
…Antara masalah yang dihadapi murid adalah talian yang teruk dan murid kehabisan data.
Bagi mengatasi masalah murid yang tidak berjaya menyertai kelas secara atas talian, guru
membuat PdPR secara gabungan dalam talian dan juga luar talian....jika video...guru
membuat rakaman agar murid boleh rujuk pada bila-bila masa. Pada pendapat saya, PdPR
adalah kurang sedikit berkesan kerana kebanyakan tugasan murid rujuk google. Mereka
kurang menggunakan minda dan pengetahuan mereka untuk berfikir. Pembelajaran kognitif
kurang berlaku…Walaupun terdapat pelbagai cabaran dari murid, penjaga atau kemudahan
talian, saya menjalankan PdPR dengan sebaik mungkin. Cuma saya berasa agak kecewa
kerana tidak semua murid mengikuti kelas PdPR. Situasi ini membimbangkan sekiranya
PdPR terus berlangsung sehingga hujung tahun. Risau….ada murid yang tercicir walaupun
tidak ramai. (R3)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1190

